Pesta Liar

at Sunday 2 June 2013 [ 20:04 ]

50 remaja  sertai  pesta liar ditahan Sebahagian remaja yang ditahan oleh polis dalam serbuan ketika menyertai pesta liar di Port Dickson, malam kelmarin. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Polis menahan 50 remaja lelaki dan wanita berusia 17 hingga 27 tahun, termasuk seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana menyertai pesta liar di sebuah apartmen di sini, malam kelmarin.

Mereka berpesta dengan meneguk minuman keras dan mengambil dadah, sambil menari mengikut rentak muzik dalam apartmen tiga bilik yang disewa khas dengan bayaran RM750 satu malam.

Serbuan 3 pagi

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata serbuan dalam 3 pagi itu, pihaknya menahan 38 lelaki dan 12 wanita. Katanya, kebanyakan mereka yang menyertai pesta itu datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

"Sebanyak 27 remaja, termasuk lima wanita didapati positif dadah jenis ecstasy dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah. Sebelas daripada mereka yang memiliki dadah akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Port Dickson," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, semalam.

Alasan sambut hari jadi rakan

Abd Wahab berkata, siasatan pihaknya mendapati sebahagian besar remaja berkenaan, menipu ibu bapa mereka dengan memberi alasan keluar menyambut hari jadi rakan. Katanya, itu kali pertama pihaknya mengesan aktiviti seumpama itu di dalam apartmen, selepas melumpuhkan pesta liar di pantai sebelum ini.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.