Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang dipilih oleh Allah sebagai bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Mengapakah Allah meengadakan satu malam yang istimewa ini. Allah menjadikan malam Lailatul Qadar kerana kekaguman para sahabat terhadap cerita Rasulullah yang menceritakan bahawa ummat terdahulu yang panjang umurnya, mereka beribadat kepada Allah. Oleh kerana usia Ummat Nabi Muhammad saw adalah dalam lingkungan 60 – 70 tahun. Maka para sahabat merasakan mereka rugi kerana terlepas peluang untuk beribadah kepada Allah swt. Oleh kerana perasaan duka hati ini, maka Allah menurunkan serah Al-Qadr:-
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, | إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ |
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? |
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ |
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. |
لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ |
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); |
تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ |
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar |
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ |
Untuk meredakan perasaan gundah dalam hati para sahabat. Dengan turunnya ayat ini Allah telah menceritakan tentang satu malam, malam yang istimewa yang melebihi seribu bulan. Beruntunglah kepada mereka yang menemui malam itu. Kerana inilah ummat Islam mengejar untuk beribadat. Tetapi alangkah ruginya sekiranya mereka itu hanya mencari Lailatul Qadar dan perbanyakkan ibadah hanya pada bulan Ramadhan. Setelah Ramadhan berakhir masjid2 dan surau2 kembali sepi dan yang tinggal hanya Imam dan 2-3 orang makmum sahaja.
Alangkah ruginya, kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep agama Islam yang suci iaitu consistent (berterusan) dalam mengerjakan sesuatu perkara bukan hanya pada musim-musim tertentu. Memanglah ada dinyatakan bahawa setiap sesuatu itu ada musimnya dan Ramadhan adalah musim untuk beribadah ini adalah kerana Solat Sunat Tarawikh yang hanya boleh dilakukan pada malam-malam sepanjang bulan Ramadhan tidak pada bulan-bulan yang lain seperti ibadah-ibadah sunat yang lain yang boleh dilakukan sepanjang tahun.
Diharapkan agar ibadah kepada Allah diteruskan walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita, tidak kira dimana dan bila. Kerjakanlah ibadah secara berterusan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Keredhaan Allah ada pada sepanjang tahun bukan hanya pada bulan Ramadhan kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
Posted on Tuesday, 23 August 2011 | Filed under Islam | Read More »
Zakat
Bukannya aku nak menulis apa itu zakat, kenapa zakat dan mengapa zakat. Apa yang ingin kutulis bukannya berapa banyak nisab diwajibkan zakat, jenis-jenis zakat. Aku tak kisak nak terangkan itu semua asalkan ada pertanyaan daripada semua. Namun aku lebih selesa jika semua yang membaca mendapatkan maklumat berkenaan daripada sumber-sumber lain.
Apa yang ingin aku persoalkan adalah mengenai kutipan zakat, berapa banyakkah jumlah kutipan zakat setiap tahun oleh Pusat Zakat, Lembaga Zakat dan sebagainya lagi biar aku permudahkan baitulmal. Kalau ikutkan konsep Islam Baitulmal adalah Perbendaharaan iaitu Kementerian Kewangan la bagi Malaysia. Tapi dekat Malaysia nie baitulmal hanya menguruskan hal pungutan berkaitan dengan Zakat jer..
Mungkin semua pembaca juga ada mempersoalkan berapa banyak jumlah pungutan zakat setiap tahun di Malaysia ini dan buat tak tau je. Agak-agaknya berapa digitkah angka jumlah pungutan Zakat tu setiap tahun. 6 digit, 9 digit ataupun lebih. Tak kisahla berapa banyak digitpun jumlah kutipan zakat tu. Kalau nak tau juga layarilah laman-laman Pusat Zakat dan kiralah sendiri.
Pernahkah pembaca tahu apakah kegunaan duit pungutan zakat tu, kalau mengikut ajaran Islam pungutan zakat tu digunakan untuk membantu golongan asnaf iaitu mereka yang boleh menerima duit zakat. Tapi kenapa jumlah pungutan zakat yang bedigit-digit itu dipungut di seluruh negara namaun masih lagi kita melihat ramai lagi rakyat negara kita yang merempat dibawah jambatan, tepi sungai, bangunan kosong, kaki lima bangunan. Dan juga masih ramai lagi yang mengutip sedekah mengharapkan bantuan simpati daripada rakyat yang ada lebih sikit daripada mereka. Mana perginya duit zakat yang dikutip tadi.
Fikir-fikirlah dan renungkannya, semoga kita semua dirahmati olehNya.
Posted on Monday, 22 August 2011 | Filed under Islam | Read More »
TEMPE dan DO’A
Bacalah....moga menjadi iktibar.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan
Posted on Monday, 15 August 2011 | Filed under | Read More »
Hello World…
Posted on Sunday, 14 August 2011 | Filed under Sosial | Read More »
footerwidget2
footerwidget1
footerwidget4
footerwidget3
-
Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI m...
-
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-...
-
Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan...
-
Many people are confused with those definition. PCD, OFFSET and CENTERBORE is totally important thing or definition when you are going to bu...
-
1. PERSONAL PROFILE Name Kamilia binti Ibrahim Date of Birth 20 April 1952 Place of B...
-
Long Blouse BL 304 RM57 Measurement: Length: 75-99cm Bust: 90cm Shoulder: 38cm Sleeve: 60cm Material : Silky Chiffon Color: ...
-
Sepertimana ramai yang mengetahui air mineral adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untu...
-
Dua beradik wanita warga Iran dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas didapati bersalah mengedar 2,98...
-
Assalamualaikum.... Selamat pagi semua.... Sihat ke??? saya sihat.... Alhamdulillah... Dah makan??? saya posa.. hihi Dalam segmen...
-
Apa cer? apabila terdapat percanggahan dalam pelaksanaan dasar perkhidmatan awam. Jom baca bersama dan berikan komen anda… Surat Edaran: Uru...