Memaparkan artikel dengan label Gossip

'Saya memang gila-gila' - Sakinah

SHARIFAH SAKINAH, sekali pandang wajahnya cukup manis, ditambah dengan ketinggian yang dimilikinya.

Gayanya di hadapan lensa kamera persis seorang model profesional. Namun, apabila dia berceloteh, gelak tawa pasti menyambut, terserlah jelas perangai gila-gilanya.

Sakinah faham 'isi' pertemuan kami pada petang Isnin lalu. Ia tentu berkisar tentang klip video Keek yang dimuat naiknya sejak beberapa bulan lalu.

Perkara pertama yang diberitahu wanita ini, dia mengaku dirinya tidak popular menyebabkan dia memuat naik video ke laman sosial itu dengan sangkaan tiada siapa yang akan peduli.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset. Klip video pertama yang ada menyebut tentang warna pakaian dalam yang dipakainya dikritik ramai. Video seterusnya yang dimuat naik juga mendapat reaksi yang sama.

Ada yang menganggap Sakinah tidak peka kerana video itu dikatakan berunsur lucah tetapi ada juga yang menyukainya kerana menganggapnya sebagai lawak dan hiburan semata-mata.

"Bagi saya, memuat naik video yang gila-gila ke dalam Keek merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Itulah diri saya. Tetapi reaksi yang luar biasa daripada orang ramai membuatkan saya terkejut.

SAKINAH tidak kisah dengan pandangan khalayak terhadap dirinya. Dia hanya ingin menjadi dirinya sendiri.

"Saya ingatkan tiada siapa yang ambil peduli tentang saya sebab itulah saya berani buat video yang sebegitu. Bila video itu keluar, banyak pula komen negatif mengenai saya. Saya akui memang terkejut dan rasa bersalah pada mulanya tetapi lama-kelamaan saya sudah tidak kisah apa orang ingin kata tentang diri saya," balasnya.

Walaupun dikritik kurang bijak dan tidak sopan, Sakinah terus memuat naik video sebegitu dengan niat untuk menghiburkan orang yang menontonnya.

"Dalam drama Mimpi Sampai Ke Bintang, saya bawa watak seorang wanita yang kurang cerdik, jadi saya tidak kisah kalau orang nak kata saya bodoh atau gila. Memang saya seorang yang gila-gila dan nakal, sebab itu saya suka kacau orang serta menghiburkan orang di sekeliling. Selagi video itu menghiburkan dan tidak melampaui batas, saya akan terus melakukannya," jawabnya.

Diakui, sejak kontroversi video Sakinah di laman Keek, tiba-tiba sahaja namanya menjadi popular. Malah setiap video yang dimuat naik olehnya pasti ditonton ramai orang.

Namun, lain pula pendapat Sakinah yang mengatakan kehidupan dan kerjayanya sama sahaja seperti dahulu.

"Popular ke saya? Saya rasa sama saja, tidak ada perubahan. Mungkin saya popular di laman sosial kerana berjaya menarik perhatian tetapi kerjaya saya masih seperti dulu.

SELAIN berlakon, Sakinah bercadang untuk mencuba bidang pengacaraan.

"Tawaran berlakon masih ada dan saya juga sibuk dengan penggambaran drama. Semuanya masih seperti biasa. Saya bukannya mencari populariti atau perhatian dengan video tersebut. Itu bukan cara saya untuk popular," luahnya serius.

Dua orang kakaknya yang juga selebriti, Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahira selalu menasihatinya supaya mengawal tindak-tanduknya, tetapi mereka tidak pernah memarahinya hanya disebabkan memuat naik video yang dikritik ramai itu.

"Dua orang kakak saya sangat faham dengan perangai saya. Kak Shira tidak marah, tetapi minta saya supaya mendiamkan diri buat seketika sehingga kontroversi itu reda. Dia tidak pernah menghalang saya daripada memuat naik video yang seterusnya. Pesannya jangan kerap sangat memuat naik video yang terlalu gila-gila sebab nanti orang menyampah," tuturnya.

| | Read More »

Nelydia Senrose Nafi Berbikini di Tioman

FIGURA jelita ini mengakui hubungannya dengan aktor Qi Razali masih baik.
KECOH apabila sekeping gambar pelakon muda, Nelydia Senrose yang kononnya memakai bikini telah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Gambar yang mengundang spekulasi itu telah dirakamkan di Pulau Tioman sempena percutian bersama keluarganya dan tanpa disengajakan telah mencetuskan reaksi negatif peminat bintang drama Setia Hujung Nyawa itu.
Mengulas spekulasi yang timbul kata pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, dia menafikan bahawa pemilik sebahagian sosok badan dalam gambar itu adalah dirinya. Sebaliknya, ujar figura yang dikenali dengan nama ringkas Nely itu, dia sendiri yang merakamkan gambar itu dan tujuan utamanya untuk menunjukkan pemandangan di sebalik badan wanita berbikini itu.
Kosmo! bertemu dengan pelakon kelahiran negeri Kelantan itu sempena majlis penayangan rancangan menarik Ramadan dan raya Media Prima di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mendapatkan kenyataan lanjut. Ikuti temu bual berikut.
Kosmo!: Timbul reaksi negatif baru-baru ini berkenaan sekeping gambar Nely berbikini di Pulau Tioman. Mungkin Nely ada penjelasan tersendiri?
NELYDIA SENROSE: Demi Allah itu bukan saya. Subjek utama gambar itu adalah pemandangan di depan. Kebetulan ada seorang gadis warga negara asing berada di depan saya dan secara tidak sengaja dia pun termasuk sama dalam gambar saya. Orang ingatkan itu saya tapi sebenarnya bukan.
Bagaimanakah Nely dimaklumkan mengenai hal itu?
Pengarah Ahmad Idham menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan akan cerita yang timbul. Saya tidak terfikir untuk kaburkan imej gadis berbikini itu kerana merasakan tiada apa-apa isu pun yang akan timbul. Saya diberitahu gambar itu telah menjadi kecoh kurang sejam saya memuat naik.
Mungkin Nely tahu tapi sengaja memuat naik gambar itu untuk mencetuskan kontroversi?
Sudah tentulah tidak. Kenapa saya perlu memalukan keluarga saya untuk perkara sebegini? Kita tahu orang sekarang pandai menilai, buat apa kita hendak buat perkara yang bukan-bukan. Ini cuma sekeping gambar yang lain disampaikan lain yang diterima.
 
NELYDIA menegaskan dia tidak akan memalukan nama keluarga dengan berbikini.
Apakah tujuan Nely ke Pulau Tioman ketika itu?
Untuk bercuti dengan keluarga sempena musim cuti persekolahan. Cuba fikirkan ketika musim cuti sekolah, amatlah mustahil untuk saya memakai bikini. Pergi pun dengan rombongan guru-guru, jadi kalau saya buat kuranglah rasa hormat saya kepada mereka. Fikir logik pun tidak akan saya memakai sebegitu.
Adakah Nely akan berbikini sekiranya berada di tempat lain selain Malaysia.
Tidak sama sekali. Saya menjaga bahagian tubuh badan saya.
Adakah Nely mengambil keputusan untuk mengeluarkan gambar itu daripada akaun Instagram?
Tidak. Kenapa saya perlu berbuat sebegitu kerana itu bukan saya.
Bagaimanakah reaksi keluarga dan teman lelaki anda (Qi Razali)?
Mereka terkejut dan bertanyakan hal itu kepada saya sendiri untuk pengesahan. Mama pun tahu saya tidak akan memakai bikini untuk tatapan orang. Qi pun tahu itu bukan saya dan percayakan saya.
Bagaimanakah perkembangan hubungan Nely dan Qi sekarang?
Alhamdulillah kami masih berkawan baik. Dalam keadaan yang okey. Buat masa sekarang tidak berani merancang apa-apa, biar ia datang dengan sendirinya.
Apakah perkembangan terkini Nely?
Saya baru saja selesai menjalani penggambaran filem arahan Ahmad Idham, Cinderella dan sibuk di lokasi drama bersiri Syurga Tanpa Bidadari, yang akan ditayangkan di TV3 mulai 14 Ogos nanti. Saya juga akan memulakan penggambaran telefilem khas sempena hari raya Aidilfitri, Setia Hujung Nyawa Raya, pada Julai ini.

| | Read More »

Farhan menangguhkan perkahwinannya

Penyanyi Nur Farhan Azizan mengakui dia dan tunangnya Ahmad Rashdan Suhaimi, 29, terpaksa menunda majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini kepada hujung tahun depan. Farhan, 29, berkata, keputusan itu terpaksa dibuat memandangkan dia dan tunangnya itu terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan yakin penghujung tahun depan adalah masa yang paling sesuai untuk mereka diijabkabulkan. "Walaupun kurang tampil di televisyen, saya tetap sibuk dengan aktiviti nyanyian untuk pelbagai acara majlis manakala Rashdan pula sibuk dengan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas. "Tambah pula sekarang ini saya di bawah pengurusan baru iaitu Aneka Teknik, maka banyak kerja yang perlu diuruskan.

"Insya-Allah, kami merancang untuk kahwin pada hujung tahun depan. Diharap segala perancangan dapat berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Farhan dan Rashdan telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun dan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 dalam satu majlis yang di adakan di Cafe Flora, AmWalk, Ampang dekat sini. Tambah Farhan, dia turut mengakui keluarganya sedikit kurang senang apabila keputusan untuk berkahwin ditundakan kerana menganggap tidak elok bagi pasangan yang sudah bertunang melewatkan pernikahan mereka.

"Biasalah mak ayah pasti risau apabila anak perempuan mereka tidak kahwin-kahwin lagi walaupun perancangan asalnya dibuat pada hujung tahun ini. "Mereka risau, pasangan yang melalui tempoh pertunangan akan menerima pelbagai cabaran dan dugaan. Takut jika perhubungan kami tidak jadi. Bagaimanapun, Alhamdulillah, selepas menerangkan sebab-sebabnya, mereka faham," ujarnya. Beritahu Farhan, dia yakin kepercayaan masyarakat mengenai 'dugaan dalam pertunangan' lebih disifatkan sebagai pemikiran psikologi semata-mata.

Baginya, dugaan dalam sesebuah perhubungan yang dijalinkan boleh datang pada bila-bila masa tidak kira sama ada pasangan itu sudah bertunang atau belum. Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu, dia bakal merakamkan ‘single’ lagu terbaharu tidak lama lagi selain bakal mengadakan persembahan mini selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Mstar

| | Read More »

Haniz Zalikha Bingung Bekas Kekasih Sebarkan Gambarnya

Haniz Zalikha Bingung Bekas Kekasih Sebarkan Gambarnya - Penulis blog yang kini semakin dikenali sebagai pelakon dan pengacara, Haniz Zalikha tidak tahu punca gambar mesranya bersama seorang lelaki, tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya namun hubungan mereka telah lama putus.
“Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot… “, katanya sambil tersenyum.
Pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, diminta mengulas mengenai isu gambar dia bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya. Gara-gara gambar tersebut, ramai yang mengutuk dan menganggap Hanis suka propa.
Tambah Hanis, pada awalnya dia tidak ambil pusing mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu keluar di akhbar timbul rasa kurang senang dalam dirinya. Pun begitu Hanis menjadikan perkara itu sebagai asam garam dalam dunia artis.
“Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu. Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini “,ujarnya yang menyatakan sehingga kini dirinya masih solo.
Sementara itu menyentuh tentang kerjaya, tidak sampai setahun bergelar anak seni, Hanis sudah boleh bergembira dengan pencapaiannya setakat hari ini. Banyak peluang diperoleh apabila dia diberi kepercayaan mengacara beberapa program di pelbagai saluran televisyen.
Antarannya seperti Raikan Cinta Musim 2 (saluran Astro), Muzik Ekstra (RTM), Mad Market (TV9) dan pada 15 Jun ini buat pertama kali dia diberi tanggujawab besar, sebagai salah seorang hos bagi mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Blockbuster 2.
“Alhamdulillah, saya syukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa bercampur baur. Buat masa ini fokus saya lebih kepada pengacaraan. Banyak lagi yang saya kena belajar. Untuk mantapkan lagi gaya pengacaraan saya, saya juga akan ikuti kelas dengan Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi). Selain tu sebenarnya saya rindu juga nak berlakon. Dulu cuba-cuba jer, tapi sekarang ni saya jadi minat pula. Kalau ada tawaran dan sesuai dengan jadual saya, InsyaAllah saya akan pertimbangkan” katanya yang pernah muncul dalam filem Gangster Celop.

| | Read More »

Baju jarang, coli merah, Mimi One Nation Emcees dikritik peminat

Gara-gara memuat naik gambar seksi dilaman Instagram miliknya, Mimi One Nation Emcee telah dihentam teruk oleh peminat dilaman sosial tersebut sehingga mengundang pergaduhan antara satu sama lain.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh penyanyi ini, Mimi dilihat telah memakai singlet putih dan baju itu dilihat sedikit jarang sehingga menampakkan pakaian dalamnya berwarna merah.

Segala foto tersebut telah mengundang pelbagai respon negatif peminat terhadap Mimi sehingga ada melemparkan kata-kata lucah terhadap bentuk badan penyanyi itu yang dilihat sedikit montok dan seksi.

Oleh kerana terlalu banyak respon negatif dilemparkan keatas dirinya, Mimi akhirnya membalas segala respon tersebut dengan menjawab :

Berikut antara beberapa foto Mimi yang turut mendapat kritikan hebat daripada peminat :

| | Read More »

Pereka Fesyen Cium Anak Menteri

SETIAP pasangan kekasih, masing-masing punya cara tersendiri untuk mengabadikan saat-saat manis bersama. Begitu juga dengan pereka fesyen bertaraf antarabangsa Jovian Mandagie, 27, dan buah hatinya, Nina Sabrina Ismail Sabri, 26. Sejak dia mengakui sedang hangat bercinta dengan kakak kepada penyanyi, Dafi itu, baik Jovian mahu Nina, kedua-duanya tidak lokek berkongsi gambar-gambar saat mereka meluangkan masa, menerusi lama sosial masing-masing.

Ramai yang menyambut baik berita percintaan pasangan ini. Mereka sama cantik, sama padan. Namun kedengaran cakap-cakap belakang sesetengah pihak kurang senang dengan cara pasangan mempamerkan saat mereka berkasih sayang.

Isu tercetus pada salah satu gambar yang menunjukkan Jovian mencium kepala buah hatinya itu, dianggap tidak sepatutnya menjadi tatapan umum memandangkan mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah.

Apa yang dilakukan oleh Jovian dan Nina itu mungkin pada pandangan segelintir pihak, ia sesuatu yang biasa. Tetapi, Jovian seorang yang dikenali ramai, begitu juga dengan Nina yang datang dari keluarga golongan atasan terutama ayahnya seorang yang dihormati dan berkepentingan dalam kerajaan. Jadi, sudah pastilah pasangan ini menjadi tumpuan umum.

“Itu hanyalah sekadar gambar. Saya rasa kita boleh menilai sesuatu tu hanya pada gambar sahaja”, jawabnya Jovian ringkas kepada Malaysian Digest.com

Jovian yang ditemui sewaktu pelancaran butiknya, Jovian Flagship Store, bertempat di Bangsar petang semalam, diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Kemudian sambil tersenyum dia menambah, “Saya dan Nina, kami serius. Alhamdulillah, Tuhan beri saya rezeki dan hadirkan pada saya seorang wanita yang yang sopan santun. Saya tertarik dengan sifat ketimurannya. Dia seorang yang memahami saya. Sebab, saya ni seorang yang kuat bekerja, selalu terpaksa terbang ke luar negara atas urusan kerja. Jadi memang susah untuk saya luangkan masa bersamanya. Dating dengan dia pun jarang-jarang. Tapi dia sangat memahami saya”.

Jovian dan Nina mula berkenalan sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa mereka semakin rapat hingga melahirkan perasaan cinta, sejak setahun lalu.

Ditanya pula mengenai penerimaan keluarga serta perancangan masa depan mereka, Jovian memberitahu hubungan mereka direstui kedua-dua belah keluarga. Mereka sudah bertemu dan berkenalan dengan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun buat masa ini kata Jovian, dia dan Nina belum memikirkan mahu mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin kerana sekarang ini masing-masing mahu memberi tumpuan pada kerjaya dahulu.

| | Read More »

Gomez sahkan tidak lagi menjadi kekasih Bieber

GAMBAR fail menunjukkan Bieber dan Gomez.

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Selena Gomez mengesahkan bahawa dia telah berpisah dengan kekasihnya sebelum ini, Justin Bieber, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurutnya, dia kini belum mempunyai teman lelaki selepas berpisah dengan Bieber yang juga penyanyi terkenal.

Gomez yang berumur 20 tahun membuat pendedahan itu semasa dia diwawancara oleh seorang juruhebah sebuah stesen radio.

Pasangan itu sebelum ini pernah berpisah buat kali pertama pada Disember tahun lalu selepas Gomez dilaporkan menyatakan Bieber, 19, kelihatan tidak matang.

Pada April lalu, pasangan itu dilaporkan kembali berbaik semula selepas sekeping gambar menunjukkan Bieber dipeluk Gomez disiarkan oleh media Barat. - Agensi

| | Read More »

Enggan dikaitkan dengan Ashraf Muslim

DIA baru sahaja mahu memulakan langkah di bidang lakonan selepas dua setengah tahun meninggalkannya kerana mencuba nasib di awan biru sebagai pramugari Qatar Airways, Sherry Ibrahim kini terpaksa berdepan dengan kontroversi.

Pelakon drama Renjis yang kelihatan semakin cantik itu dikaitkan semula dengan bekas teman lelakinya, Ashraf Muslim.

Sebelum kemunculan nama Sakinah yang mendakwa dirinya bakal mengahwini Ashraf yang kemudian dinafikan aktor kacak tersebut, ada beberapa pihak yang mengaitkan Sherry dengan isu panas itu baru-baru ini.

Kesemuanya adalah ekoran Ashraf yang didakwa bakal berkahwin lain dengan keizinan isterinya, Noor Dayana Lokman, 26.

Kosmo! menjadi akhbar pertama yang meraih respons daripada Ashraf iaitu pada 7 Mei lalu yang mana dia enggan mengulas tentang perkara itu tetapi mengakui rumah tangganya ada isu berbangkit.

Meminta Sherry mengulas mengenai perkara itu ketika dia ditemui pada majlis pelancaran drama Teduhan Kasih di Sri Pentas TV3, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Sherry berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan Ashraf.

Luahnya, sejak putus cinta dengan Ashraf, 32, kira-kira empat tahun lalu, dia tidak pernah berhubung lagi dengan Ashraf

"Sejak berpisah dengan dia (Ashraf) sekitar 2009, kami tidak pernah berhubung lagi. Semuanya sudah berlalu. Walaupun ramai yang kata saya pergi kerana kecewa, itu semua tidak benar. Saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan.

"Sejujurnya, saya tidak tahu mengenai gosip Ashraf itu. Sebabnya, saya tidak berapa suka baca gosip-gosip dalam media. Saya pun tidak tahu sudah tiga tahun dia berkahwin. Rasa macam dia baru kahwin sahaja," ungkapnya tentang Ashraf yang telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi itu.

Melanjutkan kata-kata yang lebih matang dari bibirnya, dia memberitahu, ia adalah hak Ashraf untuk berkahwin lagi kerana orang luar tidak tahu mengenai hal sebenar rumah tangga mereka.

SHERRY merupakan pelakon utama wanita drama bersiri, Teduhan Kasih dan dia berpeluang bergandingan dengan Adi Putra.

Kekasih baharu

Sudah mempunyai kehidupan sendiri, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 30, juga mendedahkan, dia kini sudah mempunyai kekasih.

Kekasihnya itu merupakan seorang lelaki Mauritius yang dikenalinya ketika bertugas sebagai pramugari sejak setahun lalu di syarikat penerbangan Qatar Airways.

"Saya sudah ada kekasih dan kami telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu. Kami kenal ketika saya menetap di Doha," ujarnya yang enggan mendedahkan nama lelaki itu dan cukup sekadar orang tahu dia sudah berpunya.

Tambah Sherry, buat masa ini dia belum terfikir dan merancang untuk berumah tangga.

Mengakui kontrak perkhidmatannya sebagai pramugari Qatar Airways tamat sejak Mei tahun lalu, ujar Sherry, dia mendapat tawaran untuk melanjutkan kontrak tersebut tetapi dia menolaknya kerana ingin pulang ke Malaysia dan berehat panjang.

Ceritanya lagi, kembalinya semula ke dunia lakonan bukan atas kehendaknya tetapi rezeki yang tiba-tiba datang bergolek.

"Saya mula berlakon menerusi drama Setia Hujung Nyawa tetapi watak saya tidak banyak. Drama kedua lakonan saya iaitu Teduhan Kasih baru menguji kredibiliti sebagai pelakon," ujarnya yang membawa watak utama wanita di samping Adi Putra dan Shah Iskandar.

Mengulas mengenai wataknya dalam drama tersebut, Sherry mengakui dirinya agak gementar berhadapan dengan lensa kamera pada awal sesi penggambaran.

"Perasaan gugup itu memang tidak dapat saya elakkan tambahan pula saya diberi watak besar. Empat hari permulaan penggambaran saya akui tidak tahu memberi ekspresi pada watak Iffa.

"Saya akui masih banyak perkara perlu diperbaiki dalam lakonan saya dan mengharapkan lakonan kali ini akan diterima baik penonton," katanya yang mula berlakon sejak tahun 2006 dan kemudiannya menjadi pramugari pada tahun 2010.

| | Read More »

[6 GAMBAR] Tiz Zaqyah Selesa Tayang Boy Friend?


Tiz Zaqyah Selesa Tayang Boy Friend? - KL : Murai Batu rasa macam sudah lama sahaja tak dengar cerita mengenai pelakon gebu, Tiz Zaqyah.
Bukan apa, dahulu ketika bercinta dengan aktor Remy Ishak, tak habis-habis media membuat liputan mengenai percintaan mereka sehinggalah mereka putus pada tahun lalu.
Tetapi kini, Murai Batu rasa pasti ramai yang sudah tahu, Tiz Zaqyah sudah pun ada pengganti.
Murai Batu rasa, sesiapa yang mengikuti laman Instagram Tiz Zaqyah pasti sudah mengenali gerangan kekasihnya itu.
Mana taknya, Tiz Zaqyah kini lebih terbuka dan selesa pula hendak menayang kekasih hatinya itu.
Malah foto-foto yang dimuat naik juga lebih intim dan mesra.
Yelah kalau dulu, susah sedikit Murai Batu hendak melihat Tiz memuat naik foto bersama Remy Ishak.
Mungkin juga mereka tidak mahu terlalu banyak publisiti mengenai hal peribadi mereka ketika itu, kerana masing-masingkan adalah artis.
Tapi kali ini, Tiz nampkanya lebih selesa apabila hal peribadinya dilihat umum.
Walau bagaimanapun, Murai Batu bahagia melihat foto-foto yang dimuat naik Tiz Zaqyah. Memang nampak mereka sangat serasi.



Baguslah itu, Murai Batu harap hubungan mereka berkekalan dan cepat-cepatlah kahwin.- Murai

| | Read More »

Zizan sudah berpunya

zizan raja lawak kahwinKUALA LUMPUR 16 April – Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu.
Ketika diajukan soalan mengenai hal itu, katanya, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang sebelum umurnya mencecah 30 tahun.
“Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.
“Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja,” katanya ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang dianjurkan oleh Zizan Twitter Family (ZTF).
Malah, Zizan lebih selesa untuk berseloroh bila ditanya tentang hubungannya itu dan menyifatkan mereka masih lagi dalam proses mengenal hati masing-masing.
Dalam masa yang sama, Zizan turut menolak dakwaan yang mengaitkannya dengan Nora Danish dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan sahaja.

| | Read More »

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.