Jenama.
Jenama adalah satu perkara yang amat penting dalam memasarkan sesuatu produk yang anda hasilkan. Sekiranya pemilihan jenama tidak bertepatan dengan kehendak sasaran maka produk anda tidak akan mendapat perhatian. Di dalam pemilihan jenama pelbagai aspek perlu diambil kira sebagai contoh, etnik/ bangsa pengguan, lokasi pengguna, bahasa pengguan, agama pengguna.
Disamping itu juga untuk membangunkan sesuatu jenama perlu ada pelan pemasaran yang komprehensif seperti pengiklanan dan penerangan kepada setiap pengguna.