Dimanakah Keikhlasan

at Tuesday, 20 December 2011 [ 00:51 ]

Ikhlas, biasa kita dengar perkataan ini diucapkan… Antaranya: “Saya tolong kerana ikhlas.”,” Betul saya ikhlas, ambillah.”,”From the bottom of my heart.” dan bermacam-macam lagi ayat-ayat yang menyatakan keikhlasan dalam sesuatu perbuatan ataupun perlakuan dalam kehidupan seharian kita.
Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan Ikhlas. Ikhlas bermakna kita melakukan sesuatu perkara atau pertolongan atau pemberian atau sebagainya tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan ke atas yang telah kita lakukan, kerjakan atau sumbangkan. Ini bermakna “We do it for nothing.” Kita melakukannya kerana kita suka melakukannya bukan kerana apa yang kita lakukan itu satu perkara yang baik atau melakukannya demi Kuasa, Pangkat, Harta, Nama, Kegemilangan atau sebagainya.
Apakah ukuran Ikhlas? Ikhlas adalah satu perkara yang tidak dapat diukur, dinilai atau sebagainya. Ianya tidak boleh dilibatkan untuk pengiraan quantitatif. Ianya melibatkan hati, iaitu perasaan. Selalunya bila kita memberikan sesuatu kepada orang kita akan rasa sayang terhadap barangan atau perkhidmatan yang diberikan itu. Ini bermakna Keikhlasan kita belum lagi mencapai tahap sempurna iaitu 100%.
Seseorang yang ikhlas, tidak akan merasa kerugian atau ditinggalkan sekiranya seseorang yang lain mendapat kebaikan dalam kehidupan atau pekerjaan. Setiap individu lain yang mendapat kebaikan akan diucapkan tahniah di atas pencapaian yang diperolehinya.
Seseorang yang ikhlas juga akan bersaing secara adil untuk mendapatkan perkara yang diingininya tanpa menggunakan sebarang pengaruh yang ada, diberikan, berkaitan dengannya.
Kesimpulannya keikhlasan itu adalah suatu pembolehubah qualitatif yang tidak boleh diukur, dinilai, ditimbang dan diperdagangkan. Keikhlasan itu adalah kerana percaya dan yakin akan konsep semuanya adalah milik Allah dan hanya berlaku dengan pengetahuan dan izinNya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.