I S L A M

at Thursday, 1 March 2012 [ 23:46 ]

Aku bukannya seorang yang alim dan warak dalam bab-bab agama, namun tertarik untuk membicarakan perkara ini memandangkan pada hari ini ramai di antara penduduk dunia (manusia ler tuh…) telah terpesong kefahaman mereka terhadap Islam…
Sebut sahaja pasal Islam masyarakat barat mula membayangkan tentang pengganas sana dan sini, sebaliknya pula dikalangan mereka jua berpendapat Islam itu adalah agama semata-mata, berkaitan dengan ibadah dan hubungan di antara hamba dan yang Maha Mencipta (manusia dan ALLAH). Islam sebenarnya melebihi dari segala apa yang ada di muka bumi ini. Islam adalah kehidupan maknanya cara hidup dan apa sahaja yang seumpama dengannya.
Islam meliputi bagaimana perhubungan di antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan perhubungan antara manusia dan alam.
Perhubungan di antara manusia dan Allah adalah ibadah, ada ibadah yang diwajibkan dan ada yang sunat. Ianya adalah perkara berkaitan fardhu ain yang diwajibkan ke atas setiap ummat Islam dan fardhu kifayah dimana hukumnya adalah wajib dikerjakan. Antara perkara-perkara yang diwajibkan keatas Ummat Islam adalah Ibadah Solat (5 kali sehari semalam), Puasa dibulan Ramadhan, Zakat, Haji bagi yang berkemampuan. Inilah diantara perkara-perkara atau rukun Islam iaitu syarat untuk menjadi ummat Islam dimulai dengan kuncinya yang juga merupakan kunci syurga iaitu lafaz Shahadah… manakala amalan-amalan lain adalah untuk menambah nilai keislaman dan ketakwaan dalam diri setiap ummat Islam.
Islam juga meliputi aspek-aspek lain dalam kehidupan ini iaitu Politik, Pendidikan, Sosial, Ekonomi, Pentadbiran, Keselamatan dan sebagainya. Islam mengajar ummatnya melakukan sebarang pekerjaan dan perbuatan mengikut cara-cara yang dibenarkan dan berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah Allah ciptakan demi menjamin keseimbangan dan keharmonian kehidupan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Islam mengajak umatnya untuk mengerjakan kebaikan, kebajikan dan ihsan dan menolak keburukan, kebinasaan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, masyarakat. Islam menggariskan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan dilarang melakukannya dalam semua aspek kehidupan.
Kesimpulannya yang dapat di ambil bahawa Islam itu adalah berkaitan dengan kehidupan dan setiap perkara yang disuruh dan dilarang dalam Islam kerana mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang perlu dikaji, difahami, dibincang supaya sebagai seorang Muslim yang sejati yang melakukan sesuatu pekerjaan memahami setiap perkara yang dikerjakan. Kesan baik dan buruk dari setiap apa yang disuruh dan dilarang. Islam itu bukannya sesuatu yang sia-sia. Islam itu adalah kehidupan dan cara hidup yang harmoni mengikut fitrah kejadian manusia itu sendiri. Setiap perkara yang disuruh dan dilarang itu bukannya sia-sia.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.