Ramadhan Tiba Lagi…

at Wednesday, 18 July 2012 [ 20:39 ]

Rasa seperti hanya semalam sahaja kita menyambut Aidilfitri, kini Ramadhan menjelma kembali. Sudahkah kita bersedia untuk melaksanakan ibadah Puasa yang merupakan rukun Islam yang ke3. Atau mungkin kita patut ditanyakan dengan dengan soalan ini, “Adakah kita telah meneyempurnakan puasa ganti yang tidak dapat kita tunaikan pada Ramadhan yang lalu? Hari ini adalah hari-hari terakhir dibulan Syaaban sebelum menjengah ke bulan Ramadhan, bulan  yang mulia. Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Setiap tahun apabila menjelang Rejab kita selalu/ senantiasa berdoa kepada Allah memohon kepadanya dengan doa berikut “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud:
Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadhan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya. Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam-malam dibulan Ramadhan ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.
Apa khabar iman kita? Sediakah kita nak menyambut Bulan mulia ni? do you noticed that Ramadhan goes by faster and faster every year? yeah..itu la realitinya sekarangkan? Masa berlalu dengan cepat..Kini bertemu kembali..
"(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadikan pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu".
Al-Baqarah: 185
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Kedatanganmu kami nantikan..didadamu penuh keberkatan dan ketika ini pintu syurga dibukakan seluas-luasnya dan pintu neraka tertutup rapat..
"Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan"
(riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Pahala kami dilipatgandakan..
"Pahala anak adam dilipatgandakan 700 kali ganda.Allah berfirman 'kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-KU, dan aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makan minum kerana-AKU"
(hadis riwayat Muslim)
Dosa lalu diampunkan..
"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu"
( hadis riwayat an-Nasaie)
Perisai kami dari siksaan..
"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari api neraka ( sejauh perjalanan 70 tahun"
(hadis riwayat al- Bukhari)
kami perolehi dua kegembiraan..
" ....dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya"
(hadis riwayat al- Bukahari dan Muslim)
Doa kami diperkenankan..
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir"
( hadis riwayat al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)
Syurga mengucapkan selamat datang..
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yg di sebut ar Rayyan: pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorangpun melainkan akan memasukinya"
( hadis riwayat al Bukhari)
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan :
Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Lafaz niat puasa fardhu RamadanNiat puasa RamadanMaksudnya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa sebulan Ramadhan Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Doa berbuka puasa"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."
Perkara-perkara MEMBATALKAN puasa



Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.