Oh Tidak Ibuku dah meninggal…

at Monday, 17 September 2012 [ 18:31 ]

Mungkin para pembaca sekalian tertanya-tanya mengapakah aku sanggup menulis coretan sedemikian rupa. Aku adalah seorang pengguna jalanraya/ lebuhraya dan sememangnya aku juga adalah seorang pemandu kenderaan. Apa yang menyakitkan hatiku ini aku kongsikan dengan kalian. Mungkin kalian adalah salah seorang daripada siapa yang aku maksudkan atau kalian merupakan salah seorang mangsa yang menagalami masalah yang sama ketika memandu.
Sememangnya telah lama ingin aku coretkan disini namun oleh kerana kesibukan kerja seharian aku menangguhkannya sehinggalah dikesempatan ini.  Pernahkah kalian semua mengalami situasi dimana ada kenderaan lain memandu menerusi lorong kecemasan. Memandu kenderaan secara melulu dan membahayakan pengguna jalan yang lain. Jika anda pernah mengalaminya maka anggaplan bahawa mereka itu telah kehilangan ibu mereka yang telah meninggal, itulah sebab mereka memandu sedemikian rupa mengabaikan keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lainnya. Mungkin kerana ibu mereka itu telah meninggal, tindakan mereka itu dipengaruhi oleh emosi mereka yang berkecamuk. Siapa tidak sayangkan ibu. semua sayangkan ibu… oleh kerana itu aku selalu menganggap bahawa setiap mereka yang memandu secara berbahaya itu telah kematian ibu dan mereka memecut untuk pulang kekampung halaman untuk mengebumikan jenazah ibu mereka kerana ibu mereka ditinggalkan sendirian dikampung.
Perlu dingatkan bahawa setiap yang pergi tidak akan kembali, sabarlah fikirkan dengan rasional agar tindakan anda tidak membahayakan diri dan orang lain… Takkan kerana ibu anda meninggal anda juga ingin mengikut ibua anda juga… Fikirkan dan renungkan…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.