Budaya Kerja Cemerlang.

at Wednesday, 3 October 2012 [ 23:23 ]

Budaya kerja cemerlang, apakah yang dimaksudkan dengan budaya kerja yang cemerlang. Budaya kerja yang cemerlang adalah satu amalan yang perlu ditanamkan dalam diri setiap manusia untuk melahirkan individu yang adil, berdisiplin, betanggungjawab dan disegani oleh setiap individu lain. Mereka yang mampu menjadikan pekerjaan yang mereka kerjakan sebagai sebahagian daripada kehidupan iaitu mampu mengagihkan pekerjaan yang dilakukan dengan bijaksana supaya mereka ini mampu membahagikan masa di antara kerja, diri dan keluarga.
Memang menjadi lumrah kehidupan ini, wang ringgit dan harta benda yang diperolehi tidak pernah mencukupi sekiranya kita gagal mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Setiap hari kita ada mendengar rompakan disana-sini, jenayah dan pelbagai lagi perkara yang kurang menyenangkan dipaparkan didada-dada akhbar dan juga kaca tv. Kenapakah ini berlaku. Sebuah agensi (suruhanjaya) ditubuhkan untuk menjadi agensi pusat dalam menilai integriti setiap individu di dalam negara yang kita cintai ini.
Pernahkah kita lihat kebawah untuk seketika dalam kehidupan kita… mungkin pendapatan kita sebanyak yang tersebut itu jauh lebih baik daripada mereka yang hidup mereka mengharapkan bantuan simpati individu lain. Mereka yang terpaksa menahan diri hidup kelaparan, berumahkan dimuka bumi Allah ini berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah.
Tentu pernah kita lihat mereka yang hidup bergelandangan di bawah jambatan-jambatan… menagih bantuan simpati. Adakah mereka berhajk mendapat apa yang mereka rasakan itu. Itulah tandanya bahawa kita lebih baik daripada mereka yang berkenaan… Pernahkah terfikir kenapa mereka mengalami nasib yang sedemikian, apakah kerana mereka itu pemalas atau mungkin juga mereka itu tidak mempunyai kesempatan dan peluang untuk memajukan diri mereka di bumi Allah ini….
Usah kita bercerita bahawa pendapatan yang diterima setiap bulan tidak pernah cukup dalam menjalani kehidupan seharian… Bayangkan mereka itu belum tentu akan perut mereka diisi dan anak-anak mereka mengenali akan KFC, McDonald, dan banyak lagi jenama fastfood yang lain. Pernahkah?…
Dalam setiap harta yang kita miliki itu sebahagiannya adalah milik mereka kerana Allah maha mengetahui, cuma rezeki mereka itu disampaikan melalui kita. Tidak akan kurang sedikitpun harta kita dengan hanya mengeluarkan zakat harta yang cuma 2.5% sahaja…
Usahlah kita sebagai seorang yang berjawatan tinggi dalam hirarki organisasi ini menggunakan kuasa dan kesempatan yang ada untuk menindas mereka yang berada dibawah… Semoga apa yang dicoretkan ini dapat dicapai dan dihayati oleh mereka yang berkenaan…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.