Guru perlu jujur didik anak bangsa cintai tanah air

at Wednesday, 16 May 2012 [ 18:42 ]

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Guru selaku pendidik bertanggungjawab mengajar anak bangsa agar mencintai tanah air dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sangat berharap agar guru bersikap jujur dalam menyampaikan apa juga ilmu kepada para pelajar.
"Saya harap guru adalah asas kejujuran. Guru adalah orang yang mendidik, jadi saya harap sangat mereka jujur untuk mendidik anak-anaknya supaya mencintai tanah airnya dan memperjuangkan hak mereka," kata beliau ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.
Pak Samad juga mengingatkan guru-guru agar tidak melupakan budaya santun dalam mendidik pelajar-pelajar pada zaman serba mencabar ini.
"Guru dahulu barangkali pembacaannya, pergaulannya terhad...tidak seperti sekarang, pembacaan guru-guru agak melimpah dan pergaulannya juga luas. Tapi biar apa pun, yang penting guru adalah orang yang mengajar anaknya untuk santun, berpengetahuan dan bertindak adil," katanya lagi.
Tambahnya juga, guru-guru seharusnya mempunyai minat membaca yang tinggi dan tidak terikat kepada bidang yang diajarnya sahaja.
"Semestinya guru-guru harus rajin membaca, kalau guru tidak membaca susahlah," katanya sambil ketawa.
Guru jangan asyik mengejar keuntungan dunia sahaja, kejujuran, kesungguhan dan keikhlsan anda adalah matlamat dan objektif dasar pendidikan negara bukannya nak kaut untung dengan Tuition jer. Semua tip-tip untuk berjaya dalam peperiksaan cuma dikongsikan dengan mereka (murid-murid) yang mengikuti kelas tuition berbayar sahaja. Dimanakah kesungguhan, keikhlasan dan tanggungjawab yang dipikul untuk mendidik dan memimpin anak bangsa.
Sanggupkah mereka melihat anak bangsa sendiri terus mundur dan ketinggalan berbeza langsung dengan bekas guru-guru terdahulu.
Mereka juga tidak seharusnya mengenakan sebarang bayaran untuk tuition yang diadakan demi mendidik anak bangsa, walaupun semuanya tahu profesion perguruan membebankan dibandingkan dengan profesion lain kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah anak-anak bangsa yang semakin kurang ajar, tidak sopan dan biadap. Disamping itu juga para guru juga berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya melaksanakan hukuman tidak seperti dahulu para guru lebih dihormati oleh ibu bapa murid-murid dan status mereka dalam masyarakat adalah tinggi berbanding masa kini.
Dahulu, menjadi guru atau pendidik adalah impian dan cita-cita mulia untuk memimpin dan mendidik anak bangsa supaya berjaya dan tidak diperlekehkan, tetapi sekarang ini berlainan pula hakikatnya profesion perguruan menjadi pilihan setelah tiada peluang kerjaya dalam bidang yang diceburi contohnya mereka yang menamatkan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan ada juga yang memiliki PhD dalam bidang Kejuruteraan, Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Wilayah, Perhubungan Antarabangsa, Politik Dunia dan bermacam lagi bidang yang sememangnya tidak berkaitan dengan silibus pendidikan dalam negara.
Para guru juga dinasihatkan agar tidak mementingkan kewangan semata-mata kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap situasi yang mereka hadapi. Mereka sentiasa diutamakan dalam setiap dasar yang digubal oleh kerajaan. Dan sebagai Hadiah sempena Hari Guru pada tahun ini, seramai 24,053 guru dinaikkan pangkat. Tidakkah itu mencukupi untuk memotivasikan mereka untuk membinmbing dan mendidik anak bangsa.
KUALA KANGSAR: Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kerajaan memberi hadiah istimewa kepada 24,053 guru lagi apabila mereka dinaikkan pangkat selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini. Kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan mereka mendidik anak bangsa itu, membabitkan 8,222 guru lepasan siswazah dan 15,831 lepasan diploma.
Guru siswazah menikmati kenaikan ke gred DG44 hingga DG54, manakala guru bukan siswazah dari GDA32 hingga DGA38.
Selain itu, 3,085 pengetua dan penolong kanan yang memenuhi syarat, menikmati kenaikan pangkat secara berperingkat berkuat kuasa tarikh yang sama. Mereka terdiri daripada 430 Pengetua yang akan dinaikkan dari gred DG48 kepada DG52 dan 2,655 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48. Berita gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, di Dewan Jubli Perak, di sini semalam. Mereka boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai semalam. Berucap di hadapan lebih 3,000 pendidik dari seluruh negara, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan memperuntukkan RM934 juta untuk melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat berkenaan.
“Ini satu jumlah besar yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pengiktirafan kepada usaha guru membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada guru untuk meningkatkan prestasi,” katanya.
Muhyiddin berkata, kenaikan pangkat itu selaras usaha kerajaan menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan yang bertujuan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan perkhidmatan tempoh minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' atau tempoh perkhidmatan berasaskan kecemerlangan, dikekalkan.
Berdasarkan skim itu, guru siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk naik ke gred DG44, lapan tahun dari DG44 kepada DG48, enam tahun dari DG48 kepada DG52 dan tiga tahun dari DG52 kepada DG54.
Bagi lepasan diploma pula, memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.
Sejak pengumuman itu, seramai 390 guru siswazah dinaikkan ke gred DG54, 676 gred DG52, 3,938 gred DG48 dan 19,805 gred DG44. Guru bukan siswazah pula seramai 399 dinaikkan kepada DGA38, 2,639 gred DGA34 dan 9,519 gred DGA32.
Muhyiddin berkata, proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48 juga telah dilaksanakan dan setakat ini, seramai 854 pengetua dinaikkan pangkat dari DG48 kepada DG52 dan 4,270 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48.
Katanya, kenaikan pangkat Pengetua dan Penolong Kanan itu membabitkan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Disember 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah 1 Januari 2012

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.