Layanlah Isteri Anda Begini…

at Tuesday, 29 May 2012 [ 01:40 ]

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan inginkan perhubungan yang berkekalan. Namun adakah semua sedar atau buat-buat tak sedar sebuah perhubungan yang baik terjamin berkekalan didasarkan dengan adab-adab yang perlu diikuti, diamalkan, dipraktikkan dalam kehidupan. Mungkin ada yang menganggap bahawa taraf pendidikan formal yang tinggi seperti PhD, Masters dan sebagainya akan menjamin kesinambungan sebuah perhubungan. Sebenarnya adab-adab ini perlu dijaga dan disemai dalam sebuah perhubungan tidak kira betapapun siapa kita, pangkat, darjat dan keturunan tidak menjamin kesinambungan sebuah perhubungan..
Anda sebagai ketua keluarga, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki setiap kesilapan, kesalahan lalu, menjernihkan kekeruhan yang timbul dan menentukan halatuju rumahtangga yang dibina agar mencapai matlamat sepertimana yang diharapkan.
Bersama-sama ini dikongsikan adab-adab yang perlu dipraktikkan dalam sebuah perhubungan, itupun sekiranya anda mengharapkan sebuah perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat anda… sudilahh untuk membacanya dan kongsikan bersama rakan, teman, sahabat, taulan, saudara serta pasangan yang baru membina hubungan ikatan perkahwinan. Tidak kira berapa lama tempoh perkahwinan anda sekiranya adab-adab ini tidak dijaga dan diamalkan hubungan anda pasti akan goyah bagaikan retak menanti belah.
1. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Selalulah ingat segala kebaikan yang telah isteri anda lakukan. Anda juga pasti inginkan isteri yang setia, bukan???
2. Ringankan beban isteri anda dan sesekali memasaklah bersama. Ataupun si suami bolehlah memasak untuk isteri pula. Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan lepas tangan dan suami duduk bersandar di depan TV. Tidak salah jika suami turut membasuh pinggan dan menyapu sampah.
3. Pujilah isteri anda dengan ikhlas. Kerana pujian, kata2 yang baik, dan layanan yang mesra lebih bermakna daripada memberi hadiah.
4. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Ciuman di dahi, di pipi atau mana2 bahagian yang biasa dicium lebih bermakna dari ciuman di bibir. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda kerana isteri sangat suka dimanja, cuma kadang dia malu untuk menyatakan. Dan ingatlah, sebelum tidur muhasabah hubungan anda. Kalau di siangnya si suami ada memarahi isteri, jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu.
5. Jangan menengking isteri semata2 kesalahan isteri yang remeh dan tidak disengajakan. Jangan sesekali menengking isteri di hadapan orang lain, tetamu, atau temannya. Kerana dia akan berasa sangat malu dan terhina.
6. Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuklah dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk, tetapi mereka ego. Jadi berusahalah sehingga isteri tidak merajuk lagi!
7. Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa berjumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat dan selalu menyayangi dirinya.
8. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menjaga anak-anak dengan emak anda kecuali isteri anda lebih bagus daripada emak anda.
9. Jangan kedekut dengan isteri dan jangan kedekut belanja untuk keperluan rumah tangga, dan sesekali berilah hadiah tanda anda menghargainya kehadirannya dalam hidup anda.
10. Jangan melayan isteri seperti hamba. Bak kata sedutan dalam filem cinta, isteri bukan hak milik, isteri adalah anugerah.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.