MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Posted on Tuesday, 28 August 2012 | Filed under Politik | Read More »
Sempurnakan Pakaianmu
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget.
Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun
Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan. Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Posted on Monday, 27 August 2012 | Filed under Islam | Read More »
Lelaki Vs Perempuan
Kajian Menarik terbaru..
Lelaki :
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt
Wanita :
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..
Posted on Sunday, 26 August 2012 | Filed under | Read More »
Have U Service Ur Car…
You'll need a oil filter removal tool which looks a bit like a bicycle chain with a handle (if sandpaper doesn't work)
Spark plug tool.
Spanner or socket set for the sump plug (the oil drain plug).
Screw driver for the air filter housing (many have snap on clips instead!)
Jack - raise the car to check each wheels bearings by rocking the wheel and seeing if there is excessive play.
Tyre Pump - to ensure the tyres are all at the correct pressure.
Anti freeze gravity gauge - looks a bit like a turkey baster.
Oil catch pan to collect the old engine oil for safe disposal.
Oil - Get the correct grade - see your cars instruction book and note that sports (thin) oil can actually cause damage in an old or low performance engine just as too thick an oil can clog up the fuel pump and fail to lubricate the engine. Use a funnel if you have shaky hands - you don't want oil on the engine.
Sump washer - Never use the old sump plug washer either - keep a few as spares.
Posted on Monday, 13 August 2012 | Filed under Automotif ,Keselamatan | Read More »
Pertembungan Melayu Nusantara, Iluminati, Dajjal..
Sesungguhnya golongan Freemason/Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.
Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library), terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini. Namun Dajjal [klik di sini] telah lama tahu mengenai Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka. Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia 'para penyembah Iblis dan Dajjal The AntiChrist' telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur. Tujuannya ialah untuk mencari siapakah yang mengIslamkan Parameswara dan Raja-raja Melayu Purba di Nusantara. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.
Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri. Tetapi The Hidden Hand (Dajjal dipercayai berkomunikasi dengan keluarga Rothschild dan Rockefeller) tidak berputus asa, dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.
British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan? Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain. India misalnya, Raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan. Ingat, Raja-raja Melayu. Freemason amat berharap untuk menamatkan riwayat kesultanan Melayu. Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus. Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja, China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, hanya Hong Kong dijajah British). Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'. Mengapa? Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung, Sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka.Perancangan Illuminati terhadap bangsa Melayu amatlah aneh sekali. Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini. Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini. Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand? Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah? Apakah rahsianya?
Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam? Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang! Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajjal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'. "Cepat cari bangsa itu, Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!" Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand. Haruslah diingatkan bahwa Dajjal telah dilepaskan setelah wafatnya Rasulullah SAW. Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.
Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA. Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu. Tetapi gagal. Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajjal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang'). Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka. NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM. Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.
Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN. Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain. Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan. Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar Residen yang memahami karakter orang Melayu. Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu. Di satu ketika, British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India. Pihak Inggeris memang BERKEHENDAKAN begitu tetapi dinasihatkan oleh THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. Apa rahsianya?
DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S klik di sini Melalui 'secret societies' di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura. Inilah rancangan paling licik dan tersembunyi. klik di sini, di sini Kongsi-kongsi Gelap Cina Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).
Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa, terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka. Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap. Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit, kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura. ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU. Jika peperangan terjadi, orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.
Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'. Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka memendam rasa. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu, diprovok atau diusik sensitiviti mereka. Tetapi mereka akan memendam perasaan sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'. Apabila sampai satu tahap, alter amuk mereka akan meletus. Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.
Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini. Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak, sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.
JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI. Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu. Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.
Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu? Mereka juga adalah KONGSI-KONGSI GELAP INI. Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu. Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura. Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.
Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan. Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati. Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera Fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka? Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana duit.
Posted on | Filed under Keselamatan | Read More »
ROYALTI: Rakyat sedang semak kejujuran pemimpin
Tarikh: August 4, 2012
KETIKA artikel ini ditulis, isu royalti minyak Kelantan memasuki episod baru. Apa yang menarik ialah episod berantakan politik di antara kerajaan pusat di bawah penguasaan Umno-Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Kelantan di bawah Pas berhubung isu royalti, semakin dramatik. Ini berikutan kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas solat Subuh pagi ini bahawa beliau baru sahaja menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.
Najib berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan. "Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan.
Justeru, jika mahu mengekalkan survival politiknya, Umno mesti membuang jauh-jauh buku lama yang mengandungi teori serta strategi politik lapuk pemimpin terdahulu, sebaliknya mula mempraktikkan teori dan strategi politik dari buku 'ilmu politik baru' yang mementingkan kejujuran, ketelusan dan 'kebersihan'.
Posted on | Filed under Politik | Read More »
Elakkan 7 ‘C’
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua.
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami d pejabat pula duk nampak y aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi bila kat rumah tak mekap pun.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit duk telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat dan tak mengira waktu.
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai ketika menjaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak duk lepak depan tv lagi.
Posted on | Filed under Personaliti ,Sosial | Read More »
Lokasi Speed Trap…
* Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
* Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
* Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
* Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
* Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
* Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
* Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.
* Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
* Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
* At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
* Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
* Di halangan kanan pada 198.4km.
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
flyover.90km / h
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta,di 24.9km 80km/h
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
* Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
* Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.
* Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.
Pantai Timur
* Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda unfamilar, pergi perlahan.
* East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
* Maran, 60km / h zone.
* Paya Bungor, 70km / h zone.
* Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
* Pada 97.3km.
* Persimpangan Ayer Hitam
* Persimpangan Sedenak
* Sebelum Perwaja Steel.
* Sg Petani persimpangan.
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
* Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
* Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
* Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
* Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.
* Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
* Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
* Di bawah jambatan di 373km, Slim River.
* Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
* Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
* Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .
* Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
* Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
* Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.
KM. 62 T / INTAN – KLANG,
KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T / INTAN – KLANG
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,
Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;
4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;
9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit; Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang
Lagi Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan di sini
Posted on Thursday, 9 August 2012 | Filed under Makluman | Read More »
Is It Value for money
- Cruise control (with steering wheel-mounted switches)
- Column-mounted paddle shift controls
- Automatic climate control
- Auto headlamp and rain sensors.
- Body kit and rear spoiler.
- Leather seats and door trim finishing (the 1.8 versions are in fabric)
- A GPS navigation system.
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Posted on | Filed under Automotif ,Ekonomi | Read More »
My Dream Vehicle
Production 1992–2006
Model years 1992–2004, 2006
Assembly Mishawaka, Indiana, United States
Body style 4-door pickup truck
2-door pickup truck
4-door wagon
4-door convertible - based on High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle
Engine 6.2 L Detroit Diesel V8
6.5 L Detroit Diesel V8
5.7 L Vortec V8
6.5 L turbo Detroit Diesel V8
6.6 L turbo DMAX Diesel V8
GM 4L80-E 4-speed automatic
Allison 1000 5-speed automatic
Allison 1000 6-speed automatic
Length 184.5 in (4686 mm)
Width 86.5 in (2197 mm)
Height 77 in (1956 mm)
2004–06: 79 in (2007 mm)
Pre-2003 Wagon: 75 in (1905 mm)
Related High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle (an AM General military vehicle)
Posted on | Filed under Automotif | Read More »
Pembohongan Seorang Ibu
Posted on | Filed under Nasihat ,Petua ,Tips | Read More »
Laksa Johor
* 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri)
- Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
- Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
- Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
- Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
- Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
- Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
- Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
- Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
- Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
- SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
- HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi. Boleh lah ngap....!! Terangkat beb..! Tqqqq so much to Sheila....tp akak anak beranak x reti la nak makan dgn tangan...hehe
Posted on Wednesday, 8 August 2012 | Filed under Mee ,Resepi | Read More »
footerwidget2
footerwidget1
footerwidget4
footerwidget3
-
Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI m...
-
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-...
-
Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan...
-
Many people are confused with those definition. PCD, OFFSET and CENTERBORE is totally important thing or definition when you are going to bu...
-
1. PERSONAL PROFILE Name Kamilia binti Ibrahim Date of Birth 20 April 1952 Place of B...
-
Sepertimana ramai yang mengetahui air mineral adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untu...
-
Dua beradik wanita warga Iran dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas didapati bersalah mengedar 2,98...
-
Long Blouse BL 304 RM57 Measurement: Length: 75-99cm Bust: 90cm Shoulder: 38cm Sleeve: 60cm Material : Silky Chiffon Color: ...
-
Assalamualaikum.... Selamat pagi semua.... Sihat ke??? saya sihat.... Alhamdulillah... Dah makan??? saya posa.. hihi Dalam segmen...
-
Apa cer? apabila terdapat percanggahan dalam pelaksanaan dasar perkhidmatan awam. Jom baca bersama dan berikan komen anda… Surat Edaran: Uru...
-
▼
2012
(251)
-
▼
August
(14)
- Kesihatan Anda
- MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
- Sempurnakan Pakaianmu
- Lelaki Vs Perempuan
- Have U Service Ur Car…
- Pertembungan Melayu Nusantara, Iluminati, Dajjal..
- ROYALTI: Rakyat sedang semak kejujuran pemimpin
- Elakkan 7 ‘C’
- Lokasi Speed Trap…
- Is It Value for money
- My Dream Vehicle
- Pembohongan Seorang Ibu
- Laksa Johor
- Ops Sikap
-
▼
August
(14)