Laksa Johor

at Wednesday, 8 August 2012 [ 17:24 ]

ASSALAMUALAIKUM....
Apa khabar adik-adik di luar sana...semoga sihat semua hendaknya. Kita dah berada lebih di pertengahan Ramadhan dan ramai yang dah tunjuk kukis memasing nampaknya. Terliur akak tengok, tapi belum sempat lagi la nak mengukis, x tau la sempat ke x ni....harapkan masa cuti nak buat. Itu pun baru ni cuti 3 hari, akak balik kampung berbuka di rumah parents akak dan kampung hubby jugak. Walaupun dah xda kedua-dua mertua, namun sengaja lah menemankan adik hubby yang sorang di rumah pusaka tu....selepas tarawih, lewat malam tu baru akak balik ke rumah parents akak.
Anak-anak dara pun sibuk dah nak ajak mengukis, terutama Najwa tu...haiisshh, maknya ni kerja...ingat kena tunggu wiken ni laaa nak pulun sikit...hehehe. Tapi Najwa kata, mak bancuhkan aje lepas subuh, dia boleh bakingkan....adeeeeiii.. semangat anak dara ku...hehe.
Okeh laaa ni nak wat tayangan basi kat you all....buat laksa johor ni last week dah sebenarnya...hahaha, nasib la kan, baru sempat entry...tu pun banyak tertunggak tu...Terima kasih banyak kepada Sheila yang telah berjaya menggoda tekak akak hari tu, menyentap iman ku betul..hahaha...Apapun, akak suka resepi ni, mudah sangat nak buat dan akak pun guna santan kotak...hehehee...i liiikkeeee...Jom cuci mata je la eh...xyah telan air liur kering tu...hehe
Adeeiii lupa nak letakkan sambal belacan n limau kasturi masa posing laa...tu la nak cepat2 sangat sebab lepas tu nak menggentel buah melaka lak...adeeiii, malas dah nak snap semula gambar... Satu lagi malasnya, kena taip semula resepi Sheila ni...uwaaaa...xleh copy paste sbb tuannya dah terkena cilok gambar hari tu...so pendinding kena lah kuat kan Sheila, akak paham, xpa laaa..ku taip jua... Thanks again Sheila...lebiiuuu....muaahh!
LAKSA JOHORResepi: Chahaya Sheila
Bahan:-
* 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri)
* 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
* 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
* 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
* 3 batang serai - dititik
* 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
* 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
* 2 sudu besar kerisek
* 1 - 2 keping asam gelugur
* Air secukupnya
* Garam secukup rasa
* Minyak untuk menumis
* 1 inci kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* beberapa kuntum bunga kantan
* daun kesum secukupnya
* 1 paket spaghetti
Bahan hiasan:-
* daun pudina - akak x letak
* sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
* 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
* 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
* bawang besar - dipotong nipis bulat
* timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila)
* cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan

Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi. Boleh lah ngap....!! Terangkat beb..! Tqqqq so much to Sheila....tp akak anak beranak x reti la nak makan dgn tangan...hehe
Peerrgghhh....sedaaappp!



Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.