Ops Sikap

at Monday, 6 August 2012 [ 02:53 ]

Ops Sikap datang lagi, setiap kali musim perayaan akan ada Ops Sikap. Untuk Aidilfitri pada tahun ini sudah banyak rasanya Ops Sikap diadakan, namun apa yang menarik setiap tahun jugala akan kita ketahui statistik-statistik tentang kemalangan, kematian di jalanraya-jalanraya di Malaysia. Apakah yang dilakukan oleh mereka ini (pihak berkuasa) untuk mengurangkan kadar dan statistik kemalangan dan kematian di jalanraya ini. Cukupkah kita mengadakan Ops sikap tetapi pada hakikatnnya ialah satu pembaziran kepada negara… dari sudut ekonomi, tenaga manusia dan sebagainya. Banyak aset dan sumber manusia digunakan semata-mata untuk menjayakan Ops Sikap ini… Berapa ramai yang terpaksa menyambut hari yang mulis tanpa bapa, ibu, suami dan isteri juga anak-anak yang terpaksa dibekukan cuti mereka untuk menjayakan Ops Sikap.. namun tiada hasil yang pasti.. Ops-Ops dan Ops, tiada sebarang pengajaran dan tauladan yang berjaya ditanamkan diperolehi dari pada kerugian yang di alami.
Tentunya semua sudah tahu, bahawa kerajaan telah menubuhkan satu Suruhanjaya khas untuk menambahbaik penguatkuasaan jalanraya di Malaysia ini iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Hamid Albar. Adakah penubuhan agensi kerajaan ini memang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja dan fungsi-fungsi bertindih oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang sedia ada, atau semata mata untuk memberikan (menyalurkan duit kerajaan – dari rakyat) kepada Hamid Albar duit lebih kerana sememangnya diketahui bahawa Hamid Albar adalah seorang dari ahli UMNO dan ini adalah cara UMNO untuk menghilangkan duit rakyat melalui penubuhan agensi yang tidak diperlukan.
Tidak cukup lagikah dengan adanya POLIS, JPJ dan sebagainya lagi menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan sedia ada terhadap perkhidmatan awam darat di Malaysia ini. Ditambahlagi dengan DBKL yang diberikan kuasa untuk menyaman pesalah trafik.
Apakah disebalik penubuhan ini,. maksud tersirat-usah dilihat apa yang tersirat dan diperkatakan itu adalah tujuan utama penubuhan tetapi kenapakah mereka yang dilantik menjadi pengerusi ini merupakan bekas…. yang telah kehilangan sumber pendapatan tetapi masih menerima pencen….

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.