5 Panduan Bina Kredibiliti dan Promosi Blog

at Tuesday, 23 April 2013 [ 23:14 ]

As-Salam. Setiap blogger pasti akan ada blog kegemaran mereka, andai anda tiada, maka buat listing blog yang menjadi kegemaran anda. Ia penting untuk anda bina jenama blog anda, dan secara langsung membina backlinks berkualiti untuk blog sediada anda.

5 Panduan Bina Kredibiliti dan Promosi Blog

Namun, pertama sekali, ada peringatan penting buat anda yang mahu membina senarai blog kegemaran ini. Pertamanya, pastikan blog tersebut tidak mengandungi pautan atau fail yang boleh mengakibatkan blog anda dicemari oleh spam, virus atau malware. Pautan ke sesuatu blog atau laman sesawang yang punyai masalah akan membahayakan blog anda, yang berkemungkinan menyebabkan blog anda disenarai-hitamkan, malah tidak boleh diakses.
Keduanya, pastikan blog-blog yang di dalam senarai blog kegemaran anda tidak lebih daripada 100 senarai. Ia penting untuk tampil mesra SEO, kerana terlalu banyak pautan luar akan menyebabkan blog jadi lembab, selain tidak baik untuk SEO.
Ketiganya, setiap blog itu mestilah punyai niche yang ada kaitan dengan blog anda. Ia perlu untuk penjenamaan blog, terutama dari segi penarafan Google Pagerank. Blog anda perlu berinformatif berkadaran dengan konsep blog anda. Contohnya, jika blog anda blog politik, maka pautan atau senarai blog perlulah juga blog politik.
Keempat, untuk setiap blog kegemaran anda yang dipautkan, jika boleh, anda aktiflah di blog-blog tersebut dengan berkunjung dan memberikan komentar. Penting untuk blog anda menerima promosi secara tidak langsung. Paling bagus, andai anda beri komen di blog-blog yang status dofollow yang punyai sistem komen yang boleh berikan backlinks yang baik kepada blog anda.
Kelima, bina kredibiliti anda sebagai rakan blogger yang baik dan bertanggungjawab, jalinkan kerjasama, dan bantu saling promosi untuk tingkatkan trafik blog dan berkongsi cerita dan berita. Cara ini akan mudahkan diri anda sebagai blogger dan blog anda dikenali sebagai seorang blogger bertanggungjawab dan disenangi ramai.
Apakah blog kegemaran anda? Pilih dengan bijaksana, dan masukkan ke dalam bloglist anda untuk pembinaan jenama.
Cara dan kaedah inilah yang telah HH gunakan di awal buat blog untuk mudah blog dikenali. Dan cara inilah juga yang telah memperkenalkan blog Bangku Kosong (nama lama/jenama lama) satu ketika dahulu.
Dan ia berkesan, in Sha Allah.
Tetapi, terpulang pada anda sebagai pemilik blog untuk kategorikan sendiri senarai blog (bloglist) kegemaran. Ini merupakan salah satu cara dan kaedah. Ia mungkin sesuai pada sesetengah blogger, mungkin juga tidak sesuai. Anda berhak untuk pilih cara dan kaedah anda sendiri, asalkan ia berjaya membuahkan hasil.
Jangan gopoh dan tamak. Lakukan secara istiqamah, dan banyakkan bersabar ehhh ...

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.