Fill In Flash

at Monday, 22 April 2013 [ 23:45 ]

Teknik Fill In Flash

Teknik fill in flash sebenarnya amat mudah dengan langkah berikut

1. Dapatkan exposure ambience

2. Isikan bahagian shadow dengan cahaya yang cukup untuk menampakkan details.

Sebagai contoh dalam gambar diatas, ambience exposure adalah f16, iso200, 1/200

kemudian saya menggunakan sb900 pada full power, 24mm zoom (Flash M 1/1), direct flash.

Ada beberapa perkara yang anda perlu faham

1. direct flash diperlukan kerana jarak flash ke subjek agak jauh, dan keperluan coverage yang agak luas, memerlukan kuasa flash pada full power. Sekiranya kita gunakan teknik bounce, fill in akan gagal, details akan kelihatan gelap saja

2. kadang kala terdapat natural fill in, cahaya yang dipantul dari canopy etc, dan menerangi subjek. Anda boleh menggunakannya sebagai fill dan menaikkan sedikit dengan menambah flash, menggunakan white card dengan 45 degree bounce. Sedikit fill akan dipancar semula ke subjek dan paling penting anda akan mendapat catch light pada mata subjek menjadikan ia lebih berseri seri.

3. Gambar di atas dalam category event, action, bukan group portrait, cahaya keras yang direct bukan issue. Kita perlukan bantuan flash untuk fill in, bukan menjadikannya key light yang soft.

Flash anda dapat mengeluarkan cahaya yang banyak sekali pancar kerana terdapat capacitor yang menyimpan tenaga di dalamnya. Capacitor ini akan mengumpul tenaga dari batteri… sekiranya anda memancarkan pada 1/1, capacitor akan terus kosong dan memerlukan masa untuk mengumpul tenaga dari bateri semula. Lag ini dipanggil recycled time. Shooting pada waktu ini memang memerlukan tenaga yang kuat dari flash anda. Pastikan batteri anda fresh. Sebab itu amat digalakkan menggunakan batteri rechargeable NIMH pada rating 2000 ke atas bagi memastikan anda boleh mendapatkan kuasa yang cukup.

Bagaimanapun sekiranya anda suka bounce ke awan setiap kali shoot outdoor dan panas terik.. mungkin ada perlukan lebih banyak batteri (batteri keta mungkin). Selalunya masalahnya bukan extra batteri tapi recycle time. Saat begini perlu kecekapan dan kepantasan jurufoto.

Adalah satu bonus sekiranya anda boleh mengagak flash exposure dan hasil yang anda akan dapat. Walaupun ketepatan pengiraan tidak diperlukan, tetapi kemahirannya pasti membantu.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.