Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Pokok Halau Nyamuk Pelargonium Radula

at Wednesday, 10 April 2013 [ 02:14 ]

Adakah anda tahu akan kewujudan sejenis pokok, kategori pokok renek dipanggil Pelargonium Radula? Atau lebih dikenali sebagai Jeremin atau Pokok Halau Nyamuk. Ia merupakan tumbuhan hiasan dalam rumah yang dipercayai dapat menghalau nyamuk!

Pokok Halau Nyamuk Pelargonium Radula

Aku beli pokok ini semasa aku pergi ke Cameron Highlands. Harganya dalam lingkungan RM5 sepokok. Jika dibandingkan dengan harga nursery kat tempat aku ni, memang jauh bezanya. Aku pernah tanya, harga biasa Pokok Halau Nyamuk atau Pelargonium Radula ini sekitara RM8-12 ikut saiz.

tips halau nyamuk mudah pokok halau nyamuk pelargonium radula  Pokok Halau Nyamuk Pelargonium Radula

Aku memang rasa sangsi mulanya dengan kebolehan pokok ini. Nama – Pokok Halau Nyamuk, benarkah? Atau sekadar taktik penjual untuk lariskan pokok hijau yang tak ada bunga ini?

Menerusi info yang aku cari, pokok Jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Bau aerosol nyamuk jenama apa, anda kena beli atau cuba sentuh sendiri daun pokok ini. Dipercayai pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.

Rupa Bentuk Daun Pokok Halau Nyamuk

tips halau nyamuk mudah pokok halau nyamuk pelargonium radula  Pokok Halau Nyamuk Pelargonium Radula

Penjagaan dan Pembiakan Pokok Halau Nyamuk

Pokok ini mudah nak ditanam. Cuma ia tidak boleh terkena pancaran matahari secara terus. Jadi, ia sesuai ditanam dan diletakkan di bawah pokok besar, macam pokok Mempelam, pokok Rambutan .. hehehe.. atau, yang sebaik di sebalik kegunaannya, anda boleh letakkan pokok ini di dalam rumah.

Yelah, tanam dan letak dalam rumahlah … buat apa nak letak luar sedangkan kita nak halau nyamuk yang berada di dalam rumah, ye tak?

Pokok ini kena siram paling kurang sehari sekali. Penjagaan khusus hampir tiada. Dan kalau nak biakkan pokok halau nyamuk ini pun mudah, hanya cantas batangnya dan cucuk kat pasu yang ada tanah hitam.

Jadi, memang senang nak ditanam dan dijaga. Boleh letak pokok Halau Nyamuk ni seantario kediaman anda. Selain nampak nyaman kerana kehijauan, anda tak perlu lagi kesah untuk beli aerosol atau ubat nyamuk.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Content left

Content right

Content left

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

Content left

footerwidget3

Content right

Content right

Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.