Blogger Amirah Filzah Jadi Pelakon Dunia Lola

at Monday 15 April 2013 [ 00:49 ]

As-Salam. Nampaknya sudah jadi satu trend pula apabila pencari bakat untuk drama, telefilem mahupun filem meronda dunia blog Malaysia mencari bakal-bakal pelakon. Nama seperti Hanis Zalikha, Lynda Roslan dan paling terbaru adalah blogger cantik menawan Nur Amirah Filzah.

Blogger - Pelakon Amirah Filzah

Blogger Nur Amirah Filzah bukan nama asing, ramai juga blogger yang mengenali pemilik blog Mirarafilzah ini. Malah blogger ini pernah tampil di cover majalah Dara.com keluaran Ogos 2012. Dan ramai blogger terutama blogger yang bukan sejantina Amirah akui bahawa blogger ini merupakan antara blogger cantik cun dalam dunia blog Malaysia.

Blogger cover majalah dara.com - Amirah Filzah

Seperti Hanis Zalikha mahupun Lynda Roslan, Amirah juga seorang model secara sambilan.

Blogger Amirah Filzah Jadi Pelakon Dunia Lola

Blogger ini akan berlakon dalam sebuah drama di Astro yang berjudul Dunia Lola. Ia merupakan terbitan Red Communications dengan kerjasama majalah Hijabista dan juga Sunsilk. Apa yang menarik ialah, drama Dunia Lola ini akan memaparkan kisah seorang gadis yang mempunyai blog ... hmm tentu menarik sekali.

Drama Dunia Lola Astro - Amirah Filzah

HH pula mengenali dan mengetahui mengenai blog Nur Amirah Filzah sejak 2011 rasanya. Tetapi kalau ikut pada profil, Amirah sudah berada di dalam dunia blog sejak 2009 lagi. Masa tu, blogger ini baru nak menapak dalam dunia blog Malaysia. Dan di kala itu pula, blogger ini tidak bertudung, namun  alhamdulillah, sejak bulan Mei 2011, Amirah Filzah sudah bertudung.

Info Menarik Amirah Filzah

Mungkin tak ramai tahu kot, bahawa blogger cantik ini takut pada kucing dan alahan makanan laut terutama udang dan sotong. Dan ..... merupakan antara peminat cerita Hindustan.

Panduan Blogger - Foto Cun Cantik Amirah Filzah

Merupakan bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan pelajar di UiTM Kampus Puncak Alam. Ada cita-cita untuk jadi peguam ... tapi meneruskan pengajian dalam bidang International Business.

Sebelum ini, ada blogger kata .... ramai artis dah ada blog ... hmm nampaknya kini trend jadi terbalik lak ... huhuhuhu....

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.