Anda Islamkah? Islamkah Anda?

at Thursday, 24 November 2011 [ 07:01 ]

Mafkan aku kiranya apa yang ingin aku coretkan ini membuatkan anda marah, geram, benci, meluat ataupun fikirkan ingat bagus sangatlah tu dan sebagainya… Apa yang aku coretkan ini bukannya rekaan ataupun fiksyen tetapi inilah realiti dalam kehidupan ini. Kehidupan manusia lebih-lebih lagi ummat di akhir zaman.

Apa yang aku coretkan ini, apa yang berlaku sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.. mungkin anda sendiri pernah mengalaminya, menghadapinya ataupun berlaku kepada diri anda sendiri. Mungkin telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Sesungguhnya ummat akhir zaman ini begitu lemah dengan godaan…

Islamkah kita? Adakah kita ini Islam sekiranya apa yang kita lakukan dan kerjakan pada hari ini bukannya apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ummat islam…

Islamkah kita? sekiranya pemakaian kita pada hari ini mendedahkan aurat… Kita sekadar menutup tubuh daripada pandangan mata sedangkan syariat menyuruh kita menutup aurat. Bezakah tubuh dan aurat… Ya memang berbeza dan amat besar perbezaannya… Tubuh adalah apa yang dizahirkan pandangan, yang boleh dilihat, nampak.. Tetapi aurat adalah sesuatu yang tersirat yang perlu difahami dengan persoalan-persoalan biasa.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih rela menghadiri perlawanan bola, konsert, pertunjukan dan lain-lain aktiviti kesihatan dan hiburan yang mana kita merasakan terpaksa dan dipaksa untuk menjejakkan kaki ke rumah-rumah Allah yang bertaburan di atas muka bumi ini dan menghadiri majlis-majlis ilmu Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih suka mendampingi artis-artis dan bintang-bintang popular, mengikuti segala cara pemakaian dan aktiviti mereka. lebih mengatahui perkembangan mereka dari mendampingi alim-ulama dan para cendikiawan yang menyampaikan ilmu-ilmu Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita mengkaji sesuatu ciptaan Allah sedangkan kita tidak mengambil iktibar dari CiptaanNya.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih mempercayai kajian saintifik oleh para ilmuan barat dari mengkaji sumber ilmu itu sendiri sedangkan sumber ilmu itu dari Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita menuntut ilmu adalah demi kemewahan hidup, pangkat darjat dan harta serta bermegah denagan ilmu yang Allah berikan kepada kita. Yang sepatutnya dijadikat manfaat untuk kemajuan manusia melalui kita yang memahaminya.

Dia tidak pernah meminta dari kita bahkan Dialah yang memberikan rezeki kepada kita, kenapa perlu kita takut untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita perolehi itu sebagai zakat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak. Sebahagian daripada apa yang kita miliki, perolehi adalah milik individu lain, cuma diberikan oleh Allah melalui kita.

Islamkah kita? sekiranya kita memiliki perkataan ISLAM dalam kad pengenalan kita sedangkan kita tidak mengamalkan cara hidup sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Islam itu adalah cara hidup yang sempurna mengikut fitrah kejadian manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Esa, yang menciptakan kita menghidupkan kita, mematikan kita.

Untuk menjadi seorang Islam tidak cukup dengan hanya menunaikan rukun Islam yang lima iaitu, mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan Ibadah Haji bagi yang berkemampuan. Islam adalh lebih daripada itu. Islam itu perlu difahami dengan persoalan untuk menyempurnakan kehidupan kita sebagai hambaNya. Hamba yang Maha Esa.

Apa? Bila? Siapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana? Berapa? Mengapa?. Tanyakan diri kita dengan soalan-soalan demikian, maka kita akan dapat menjawabnya apakah pengertian aurat itu. Selami dengan akal berpandukan hadis, sunnah dan al-quran. Semoaga kehidupan kita akan bertambah baik dan dipermudahkan segala urusan kita…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.