Sedia Pembantu Guru–Kerja 9 Jam

at Monday, 14 November 2011 [ 19:33 ]

Dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri pada tahun 2020. Tidak dinafikan Guru, Cikgu dan seangkatan dengannya merupakan kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan modal insan bagi membolehkan aspirasi negara dicapai. Hanya melalui pembangunan modal insan yang mantap dan pengurusan yang cekap mampu merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu tugas sebagai pendidik adalah satu tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul dan digalas di atas bahu para pendidik khasnya guru.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Itulah senikata lagu Guru Malaysia yang merupakan sebuah akad iaitu ikrar yang dilafazkan oleh para guru di Malaysia. Berikut juga di paparkan Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Adakah para guru semua telah lupa akan hasrat mereka untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Bagi memenuhi dan mencapai Ikrar Guru dan Falsafah Pendidikan Negara apa yang perlu para guru lakukan? Jadi kepada guru-guru sekalian tepuklah dada tanya diri, usah lagi kita berada ditakuk lama berpegang kepada tepuk dada tanya selera bukannya apa, apabila selera ditanya macam-macam yang hendak dimakan dan kadangkala tanpa disedari kita telah mengabaikan kesihatan diri sendiri dan dikemudian hari kita yang akan menanggung setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Untuk mendidik dan memimpin putra putri negara kita bukannya satu tugasan yang mudah dan remeh, perlu diketahui minda putra putri negara kita telah berkembang bukannya lagi berada ditakuk lama seperti tahun-tahun 80an. Pemikiran mereka lebih hebat berbanding putra-putri satu masa dahulu. Mereka tidak lagi berpegang pada konsep pendidikan hanya dibilik darjah, malahan pendidikan mereka lebih luas dalam ertikata yang mereka fahami. Apa yang para guru ajarkan merupakan pendidikan formal dan pendidikan itu tidak tertumpu kepada pendidikan formal. Setiap perkara dan tindak tanduk guru, ibubapa, masyarakat adalah sumber ilmu bagi mereka.
Kadangkala bila kita lihat kembali, guru-guru yang ada di Malaysia ini sememangnya hebat dalam bidang mereka namun dari sahsiah dan kehidupan peribadi mereka hancur tidak layak dijadikan tauladan. Pembelajaran melalui tauladan. Oleh itu tidak hairan setiap hari kita melihat di akhbar remaja/ pelajar ditangkap melakukan aktiviti tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Dari manakah mereka belajar sudah tentulah dari individu yang mereka percaya.
Maafkanlah kiranya bebelan ini membuatkan sesetengah individu atau kumpulan atau pihak terasa hati, bukannya untuk memandang rendah kepada profesion perguruan.
Jika mengambilkira akan tanggungjawab dan ikrar guru maka Pelaksanaan Sistem Kerja Sembilan Jam tidak sepatutnya dijadikan satu isu oleh Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Usahlah dipolitikkan sesuatu yang telah kamu ikrarkan, hasrat murni guru untuk medidik dan membimbing. Penjawat Awam dari sektor lain juga sudah lama bekerja sembila jam sehari.  Manakala para guru diperuntukkan cuti semester setiap tahun ditambah lagi dengan cuti-cuti yang sama diperuntukkan kepada penjawat awam yang lain.
Apa yang penting? Kerjasama.. itulah yang akan kita dengar bila menonton animasi Wonderpet. Tetapi pada hakikatnya itulah yang harus dilakukan oleh guru-guru Malaysia… didahului dengan keikhlasan dihati. Sekiranya ilmu (semua ilmu adalah milik ALLAH SWT) disampaikan secara tidak ikhlas, ilmu tidak dapat diterima oleh para pelajar sepenuhnya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.