Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

ELEMENT-ELEMENT LAIN DI DALAM PILIHAN RAYA

at Tuesday, 9 April 2013 [ 22:32 ]

PASUKAN PENGUAT KUASA KEMPEN PILIHAN RAYA (PP-KPR)

Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958 dan seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di setiap bahagian pilihan raya Parlimen.

Keanggotaan pasukan ini adalah terdiri daripada:-

  1. Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958
  2. Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari inspektor.
  3. Seorang wakil pihak berkuasa tempatan.
  4. Seorang wakil parti politik/calon.

Fungsi-Fungsinya ialah:-

  • Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon
  • Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah dengan undang-undang Pilihan Raya
  • Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar undang-undang pilihan raya.
  • Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen

BARONG SPR

Undang-undang yang ada sekarang melarang calon daripada mendirikan sebarang barong atau pondok panas di dalam kawasan calon itu bertanding. Namun demikian calon-calon dibenarkan untuk mengadakan pejabat parti untuk urusanya di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mengadakan Barong SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuaan barong ini diadakan adalah untuk membantu pemilih menyemak nama mereka berada di dalam daftar pemilih dan penentuan pusat dan tempat mengundi mereka supaya pengundian dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

PERBELANJAAN PILIHAN RAYA

Calon-calon dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut :-

  1. Parlimen : Tidak lebih daripada RM200,000.00
  2. Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00

Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya yang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.

JENIS-JENIS PENGUNDIAN

Terdapat tiga jenis pengundian di Malaysia:-

  1. Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
  2. Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), dan
  3. Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada angkatan tentera dan pasangannya, anggota Polis serta pasangan PGA yang terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar negara dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangannya.

Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:

  • Petugas Pilihan Raya
  • Ahli Panel, Pegawai dan kakitangan SPR
  • Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara pos melalui pewartaan

Pengundian Awal akan diadakan lebih awal iaitu kira-kira 2-3 hari sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.

Pengundian pos ini akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi di cetak dan mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.

ALASAN-ALASAN UNTUK PETISYEN PILIHAN RAYA

Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah di kemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan-alasan berikut:-

  1. Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan pilihan raya
  2. Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya
  3. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya.
  4. Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Content left

Content right

Content left

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

Content left

footerwidget3

Content right

Content right

Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.