Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Lisa Surihani calon PRU13...

at Wednesday, 10 April 2013 [ 23:36 ]

ABDUL JALIL ALIMemang saya mengharapkan ramai lagi, tetapi setakat semalam hanya seorang artis wanita dinamakan sebagai calon untuk PRU13. Wan Aishah Wan Ariffin @ Aishah, penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu, diletakkan sebagai calon Pas untuk Parlimen Jempol.

Belum pasti siapa akan dipilih parti lawan untuk menentang wanita berusia 48 tahun dan beranak dua, kelahiran Negeri Beradat itu. Atau, adakah sesiapa berani mencuba nasib sebagai calon bebas melawan Aishah?

Amaran: Hanya yang bersuara lunak seperti buluh perindu digalakkan mencuba sebagai calon bebas menentang bekas anggota kumpulan Fan Club itu. Tidak layak langsung mencuba bagi sesiapa yang suara seperti buluh betong, atau suara ala-ala dentuman bom dalam ‘Op Daulat’ di Tanduo, Lahad Datu.

Ada ramai artis wanita yang boleh dicalonkan untuk menentang Aishah. Kalau hendak yang suara manja saya cadangkan Ella. Walaupun sudah bergelar isteri, gaya dan suaranya masih tetap membuat pengundi – terutama lelaki – longlai. Shiela Amzah, Yuna, Misha Omar pun layak.

Ada artis wanita suara tidak berapa menawan tetapi lakonan dan gayanya amat memukau. Rozita Che Wan pada hemat saya paling sesuai. Jelingannya pasti mendapat undi. Atau, apa kata Datuk Siti Nurhaliza yang suaranya terus memukau, gayanya terus memikat?

Kalau Lisa Surihani bertanding di tempat saya, tidak kira parti apa, tetap dia mendapat satu undi daripada saya. Akan saya pangkah dia tanpa was-was, hatta jika lawannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, waima Datuk Seri Najib Tun Razak sekali pun.

Kecuali jika yang melawan Lisa ialah Maimun Yusuf @ ‘Tok Mun’, maka aktres manis itu tidak saya pangkah, sebab undi saya yang satu akan diberi kepada wanita gigih berusia 93 dari Terengganu itu, sebagai undi kesian.

Kalau hendak memenangi undi wanita, artis lelaki juga boleh dipertimbangkan sebagai calon. Aaron Aziz yang macho sakan dan menghiris perasaan wanita menerusi filem box-office Ombak Rindu, pasti meraih ramai undi kaum Hawa, tidak kira di kawasan mana dia bertanding.

Bagaimanapun untuk PRU13 ini Aaron belum layak bertanding, sebab dia masih warganegara Singapura.

Fahrin Ahmad pun tidak kurang hebatnya. Kalau tanya sepuluh wanita, pasti sembilan menyukainya; seorang lagi yang tidak menyukainya itu mungkin sebab buta, boleh jadi juga minda tidak stabil. Semak dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan mana paling ramai pengundi wanita, dan letakkan Fahrin.

Kalau hendak artis lelaki tampan lagi kelihatan berhemah, saya cadangkan Datuk Jalaluddin Hassan. Tampan bergaya, suaranya romantik, sekali dia tersenyum lemah longlai jiwa wanita. Kalau dia berlakon memegang watak jahat pun, wanita tetap suka. Begitulah hebatnya beliau.

Saya tidak bergurau apabila mencadangkan nama-nama artis untuk PRU13. Sebenarnya masa sudah tiba golongan karyawan diberi peluang dalam pilihan raya. Ini bukan sesuatu yang luar biasa – juga bukan luar tabii! – sebab di tempat lain artis bukan sahaja bertanding, malah apabila menang diberi jawatan penting dalam kerajaan.

Di Amerika Syarikat ada pelakon koboi yang masuk politik, bertanding dalam pilihan raya, dan akhirnya terpilih sebagai pemimpin No.1 negara besar itu. Beliau ialah Ronald Reagan yang pada 1981 menjadi Presiden Amerika ke-40. Arnold Schwarzenegger, aktor maco bertubuh sasa itu menjadi Gabenor California dari 2003 hingga 2011.

Marudhur Gopalan Ramachandran @ MGR lama berkecimpung dalam dunia perfileman India sebagai pelakon, pengarah, penerbit, sebelum akhirnya memenangi pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri Tamil Nadu.

Di Filipina Joseph Estrada berkerjaya dalam seni selama 33 tahun dan berlakon dalam lebih 100 filem, bertanding dalam pilihan raya, terpilih sebagai Senator dan akhirnya menjadi Presiden ke-13 negara itu dari 1998-2001.

Di tempat kita seingat saya hanya Tan Sri Jins Shamsuddin yang masuk politik dan akhirnya dilantik sebagai Senator. Harap-harap lepas PRU13 nanti ada mana-mana artis kita – tidak kira lelaki, lebih sedap lagi jika wanita – dipilih rakyat, dan dilantik sebagai anggota jemaah menteri.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Content left

Content right

Content left

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

Content left

footerwidget3

Content right

Content right

Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.