Belanja membiayai perasaan seronok.

at Thursday, 7 March 2013 [ 16:37 ]

Apabila sebahagian wanita suka membaca majalah, menonton telivisyen yang menayangkan perkahwinan orang yang dikatakan terkenal di dunia seperti artis, selebriti dan orang kenamaan, mereka terdedah dan terpengaruh untuk turut sama membiayai perasaan seronok.
Wanita yang sudah terpengaruh itu, ingin menghabiskan duit bagi mendapat rasa seronok. Antara perbelanjaan membiayai perasaan seronok adalah :
1. Hantaran barangan yang berjenama dan paling kurang ada jenama, supaya dipandang setaraf dengan selebriti.
2. Pelamin supaya nampak beliau juga boleh menjadi raja seperti selebriti walaupun untuk tempoh 4 jam sahaja.
3. Baju pengantin yang ditukar 4 set dalam masa kurang dari 1 jam, bagi menunjukkan kaya dan mampu setaraf dengan selebriti dan orang kenamaan.
4. Wang hantaran yang tinggi, walaupun pengantin lelaki terpaksa berhutang dengan bank tidak mengapa, asalkan wanita itu nampak bertaraf selebriti apabila meletakkan hantaran tinggi seperti RM 8,000 ke atas.
5. Hiasan khemah yang berwarna warni supaya nampak seperti majlis perkahwinan selebriti, walaupun kipas yang ada di dalam khemah itu kurang berfungsi sehingga menyebabkan sebahagian tetamu panas.
6. Jurufoto-jurufoto professional supaya mengambil banyak gambar dan setiap langkah dan saat dirakam divideokan tidak ubah seperti perkahwinan ala selebriti.
Perbelanjaan di atas adalah antara perbelanjaan untuk merasakan seronok pada hati ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin perempuan itu sendiri. Tiada kajian barat yang ditemui berkenaan kebahagian perkawhinan sekiranya melakukan perkara di atas. Belum bertemu dengan hadis, yang mengatakan perbelanjaan perkahwinan yang besar dan melakukan aktiviti di atas itu meningkatkan lagi keberkatan majlis perkahwinan.
Bahagianya seorang lelaki bernama suami kerana empat perkara.
1. Rumah yang elok (kalau hutangnya tinggi?)
2. Kereta yang elok (kalau bebanan ansuran bulanan tinggi dan lama?)
3. Isteri yang elok
4 Jirang yang elok
Rujuk Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta untuk informasi tambahan berkenaan merancang perkahwinan yang tidak membazir. Jumlah Mas Kahwin @ Hantaran yang sesuai di zaman ini adalah RM 5,000 yang diberikan sama ada di dalam bentuk wang tunai ataupun lebih bagus di dalam bentuk emas 916 dan ke atas. Mas kahwin ataupun wang hantaran itu tidak menjadi wang hangus untuk kenduri membiayai perasaan seronok dilihat dan dipandang seperti orang kaya ataupun selebriti.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.