Chen Long hebat

at Monday, 11 March 2013 [ 22:50 ]

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus segera membuka mata andai mereka ikhlas memikirkan masa depan sukan itu yang kini bagai meniti zaman kegelapan. Kegagalan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meraih gelaran ketiga, Seluruh England selepas tewas kepada bintang muda China, Chen Long, kelmarin menimbulkan persoalan yang harus dihalusi badan induk, tambahan babak menakutkan ketika ini adalah prestasi dipamerkan pemain Thailand pada edisi kali ini.

Apa dilakukan Thailand, sehingga menyaksikan perseorangan lelaki mereka, Tanongsak Saensomboonsuk melakar kejutan mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Chong Wei manakala perseorangan wanita, Intanon Ratchanok bergelar naib juara Seluruh England selepas kecundang kepada pemain Denmark, Tine Baun.

Rashid akur Chen Long hebat

Berdasarkan prestasi Chen Long, nyata sukar buat Liew Daren atau Chong Wei Feng yang disebut-sebut bakal menggantikan Chong Wei untuk menggugat pemain nombor dua dunia itu ditambah jurang dengan peningkatan dipamerkan dari negara lain termasuk Thailand. Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, berkata, tidak mustahil Chen Long yang kini menghuni ranking nombor dua dunia mampu merampas kedudukan Chong Wei selaku jaguh nombor satu.

Usia Chong Wei memberi kesan terhadap corak permainannya. Proses pemulihan pun sudah menjadi lambat untuk dia kekal cergas selepas satu perlawanan. Bagi saya, jika Chong Wei boleh kekalkan prestasinya untuk sekurang-kurangnya ke final pun sudah cukup bagus. Ini kerana, pemain muda negara lain kini sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi, kata Rashid ketika dihubungi di Birmingham, semalam.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.