Lahad Datu - Mission Accomplish

at Monday, 4 March 2013 [ 21:01 ]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjabcJIIn4p-9Ae0X5ly6HrcKc1vip8hkX78UErcaxXKvb27FduoJaOEJ7sr3-5olPs3PH7c6fCCRop4OCm0v0dOfsaNLq7JNT-LxCu8M4l6a1a9cwpmADPt7LDfqVsdX9X8F6MALq3vrM/s400/igp.jpgKUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi Selasa.

Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan. Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo. Beliau berkata tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi. Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan. Ismail berkata sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.

Awal pagi ini, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.

Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi. Ismail berkata pada masa ini pasukan keselamatan menggerakkan anggota komando, tentera dan Pasukan Gerakan Am (polis) untuk menjalankan tindakan susulan dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan itu. Ketua Polis Negara turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.

"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan,"

katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan ofensif dalam 'Ops Sulu' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo. Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan jangan cuba memasuki kawasan operasi itu serta mematuhi arahan pasukan keselamatan.

"Kawasan operasi lebih kurang 10 kilometer persegi...selamat...kawasan khusus lebih kurang empat kilometer persegi...jangan masuk dalam kawasan ini," katanya

Ismail berkata serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabah tidak tergugat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan pagi ini berkata kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh. Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," kata Najib.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera berkata pasukan tentera menggunakan bahan letupan tertentu dalam serangan ofensif itu untuk menentukan agar keselamatan anggota polis dan tentera terjamin apabila mereka memasuki kawasan berkenaan untuk tindakan susulan dan penggeledahan.

"Memandangkan operasi masih berjalan, saya tidak boleh dedahkan sistem apa yang kami guna," katanya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.