BR1M, adalah rasuah?

at Tuesday, 12 February 2013 [ 19:24 ]

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini diteruskan lagi buat kali ke-2 dikenali dengan BR1M 2.0, yang mana sebahagian besar penerima BR1M 2.0 telah menerima voucher bermula seawal 4 Februari 2013. Untuk menampakkan lagi keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, pemberian BR1M 2.0 dipanjangkan kepada golongan belia berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2500/- ke bawah dengan bayaran tunai RM250/- dalam bentuk voucher tunai.
Ada sesetengah pihak menganggap pemberian BR1M merupakan satu rasuah bagi memancing undi menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan tidak lama lagi sebelum mandat pemerintahan tamat.
Baik BR1M 1.0 mahupun BR1M 2.0 yang melibatkan sejumlah besar harta Negara dan rakyat – Bukan duit Umno atau BN, gagal ditadbirkan secara terbaik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.
BRIM melibatkan penerima dan peruntukan:
BR1M TAHUN PENERIMA PERUNTUKAN
1.0 2012 4.2 juta orang RM2.1 bilion
2.0 2013 4.3 jut (isi rumah)2.7 juta (bujang)
RM3 .0 bilion
JUMLAH 8.5 juta RM5.1 bilion
Bagi menjawab persoalan samada BR1M merupakan RASUAH ataupun tidak, kita lihat petikan Ketua Pesuruhjaya SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan. Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin. "Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini. Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan. "Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.
Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu. – Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/14: Harian Metro
Untuk lebih pasti lagi samada ianya merupakan satu bentuk rasuah ataupun tidak kita tinjau definisi rasuah daripada SPRM:
Apa itu Rasuah?
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
  1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
  2. Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
  3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
  4. Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Sumber: SPRM
Kesimpulannya BR1M bukan merupakan rasuah sekiranya kita yang menerimanya tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh individu, kumpulan, orgasnisasi dan sebagainya termasuk undi yang merupakan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Siapakah yang memberikan BR1M? Siapakah yang menyampaikan Voucher tunai BR1M? Apakah yang diberitakan/ diberitahu perlu dilakukan semasa penyampaian Voucher? Oleh yang demikian untuk mengelakkan BR1M menjadi rasuah, kita tidak perlu undi mereka kerana mereka menyatakan undilah…, Itulah yang disuruh kita lakukan. Secara tidak langsung BR1M yang diterima bukan lagi kategori rasuah manakala ia merupakan satu pemberian bonus kepada kita para pengundi yang berakal dan mampu menilai buruk baiknya sesuatu… Dan wang yang diterima melalui BR1M adalah halal kerana ianya bukannlah satu rasuah.


Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.