Tetamu yang menyalak…

at Tuesday, 5 February 2013 [ 16:43 ]

Bismillah. Saya cukup sedih apabila terbaca rakan di facebook, yang masih mengamalkan sistem yang dibuat oleh pemimpin jahililah dahulu.
Di mana pemimpin Firaun memburukkan Nabi Musa dengan niat bagi membuktikan beliau betul. Abu Jahal memburukkan peribadi Nabi Muhammad dengan harapan orang membenci kepimpinan Nabi Muhammad.
Terkejut dengan individu yang sanggup masuk rumah orang walaupun tidak diundang dan seterusnya menyalak di dalam rumah tetamu itu dengan tujuan menghina dan memburukkan tetamu itu.
Tingkah laku itu bukan adat dalam budaya orang Melayu, hendak masuk rumah orang, Islam sudah mengajar supaya memberi salam 3 kali, sekiranya tidak disahut oleh tuan rumah, maka tetamu itu sebaiknya pulang. Apatah lagi masuk tidak diundang terus menyalak di dalam rumah tetamu, ini sudah pasti bukan ciri orang Islam.
Memasuki halaman facebook orang lain adalah umpama kita memijak tanah orang lain ataupun memasuki rumah orang lain. Adat dalam budaya Melayu dan Adab dalam agama Islam perlu dizahirkan agar, kita dapat dicam sebagai orang Melayu ataupun sekurang-kurangnya orang tahu kita ini Islam. Kaedah penulisan beliau itu, tidak menunjukkan beliau dari kaum Melayu ataupun orang yang beragama Islam. Ini yang menyebabkan orang bukan Islam tidak dapat melihat keindahan Islam sewaktu yang berlaku di zaman selepas para sahabat termasuk di zaman Muhammad Al Fateh. Memastikan orang lain nampak keindahan Islam pada diri kita itu adalah wajib dan diperhitungkan di Terminal Mashyar nanti.
Tulisan beliau juga tidak menunjukkan beliau seorang yang berpendidikan tinggi. Sedih, dengan tindakan beliau itu. Adakah beliau tidak mendapat hidayah Allah ataupun sanggup melaknati ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Nauzubillah.
Jangan kita memasuki halaman facebook seseorang dan memaki orang itu, kerana kaedah itu bukan sahaja ianya membuatkan orang lain tidak mempercayai kita. Kedua kita dilihat berwajah Firaun ataupun Abu Jahal yang ingkar kepada Allah.
Sewaktu kita menulis, bawa iman dan akhlak Islam bersama, supaya walaupun kita tidak dilihat sebagai orang yang alim ataupun pewaris nabi, sekurang-kurangnya orang lihat dan pandang kita ini bersaudara.
“Orang Islam itu bersaudara dengan orang Islam yang lain“
Masuk facebook orang lain sama seperti masuk rumah orang lain, bawa Iman dan Akhlak bersama, sekiranya kita mahu Allah terus menerus memberikan hidayah kepada kita.
Hentikan mengutuk dan menghina orang di facebook orang lain termasuk mengutuk ataupun menghina orang bukan beragama Islam, tidak kira beliau ahli DAP ataupun MCA juga.
Nabi tetap menyuap makanan dengan penuh kelembutan kepada seorang lelaki Yahudi yang buta, walaupun sewaktu menyuapkan makanan itu, orang buta itu tetap mengutuk Nabi. Ini adalah satu daripada sunnah Nabi, sesiapa yang tidak mahu menjadikan sunnah Nabi itu sebagai rujukan, adalah orang yang sesat.
Tidak akan sesat seorang manusia itu selagi mana ia berpegang kepada Al Quran dan Hadis.
Sekiranya selama ini kita termasuk dalam kumpulan orang yang tidak memiliki iman dan akhlak Islam 24 Jam, kini sudah tiba masanya kita memastikan Iman kita hidup 24 jam sehari, bukannya sewaktu solat sahaja, ini penting bagi memastikan sewaktu Malaikat Maut mencabut nyawa kita, kita masih beriman.
Mohon izin tuan dan cik puan yang berkenaan, supaya membenarkan saya mempercayai tuan dan cik puan dengan berkata benar dan mempamerkan iman dan akhlak sebagai orang Islam sewaktu menulis di facebook sendiri ataupun menziarahi halaman facebook (rumah) orang lain.

Shamsuddin Kadir

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.