FAM - Tidak boleh dikritik

at Wednesday, 20 February 2013 [ 17:56 ]

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000.
Hukuman ke atas Shahidan berkuas kuasa selepas surat rasmi dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.
Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang hampir tiga jam hari ini.
Ia turut menetapkan Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.
Perkara itu diumumkan  sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman.
"Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang menganggap Shahidan menghina FAM kerana enggan memberi maklum balas surat yang dikemukakan badan induk itu, dan disebabkan itu beliau perlu membayar RM1,000 bagi tuduhan pertama.
"Beliau juga didenda RM20,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyalahi Artikel 88.
"Pertuduhan ketiga beliau digantung minimum dua tahun enam bulan beserta RM10,000 atas kesalahan tatatertib Perkara 18.5 dan RM8,000 atas kesalahan bercanggah,"  kata Ednan pada sidang media Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, hari ini.
Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Shahidan bersalah membuat kenyataan yang menyentuh pentadbiran FAM, sekali gus melanggar Artikel Statut 88.
Menurut Ednan, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Shahidan tidak boleh  terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. Ini bermaksud Shahidan hilang status sebagai Presiden PFA.
"Dan, ia akan berkuat kuasa selepas FAM mengeluarkan surat kepada Shahidan dalam tempoh 14 hari," jelas beliau.
Selagi inilah pendirian FAM, mutu permainan dan pengurusan bola sepak di Malaysia tidak akan kemana, Inilah hakikat yang perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia… tentang prestasi dan mutu permainan bola sepak Malaysia akan terus suram… Tetapi rakyat Malaysia masih terus memarahi jurulatih sekiranya keadaan ini berlaku.. tetapi badan induk sukan bola sepak inilah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.