Budaya Melayu.

at Wednesday, 20 February 2013 [ 01:22 ]

Sepanjang saya mengkaji budaya Melayu, saya dapati banyak kata-kata yang tidak sepatutnya ditujukan kepada manusia yang mengamalkan budaya Melayu, oleh sebahagian manusia yang dilahirkan dan membesar di dalam keluarga yang berbudaya Melayu.
Di dalam bahasa orang lain, terdapat segelintir orang Melayu yang menghina perangai budaya orang Melayu.
Ini kerana banyak budaya melayu, yang sudah melalui Syariah compliant. Contohnya, orang Melayu yang suka mengalah di sebut sebagai lemah, mohon maaf saya kurang bersetuju. Ini kerana mengalah pada hujah orang lain itu adalah satu dari ciri orang yang bersabar di dalam Islam.
Di dalam Islam, apabila seeorang itu mempunyai hati yang baik, maka baiklah orangnya. Itu yang menyebabkan di dalam budaya Melayu, mereka berkata-kata "Busuk hati orang itu"
Apabila seseorang melakukan perkara yang jahat.
"Baik hatinya dia" menunjukkan orang itu berkelakuan baik, kerana memiliki hati yang baik.
Di jalan raya, berhati-hati di jalan raya, kerana apabila seoerang itu mempunyai hati yang baik, maka pemanduannya menjadi lebih berhemah.
Banyak sangat budaya Melayu yang sudah syariah compliant, walau bagaimanapun masih terdapat segelintir adat budaya Melayu yang diambil dari datuk dan moyang yang bukan beragama Islam ketika itu, seperti pelamin, menepung tawar dan sebagainya.
Berbahasa Melayu juga membuatkan manusia itu lembut hatinya, In Syaa Allah, kerana banyak perkataan di dalam bahasa itu sudah melalui dan dipengaruhi oleh Islam.

Shamsuddin Kadir

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.