30 pakej berbasikal untuk pengunjung

at Thursday, 20 June 2013 [ 01:42 ]

Beriadah dalam hijau alam sekitarBagi merancakkan lagi sesi berbasikal di Putrajaya, pelbagai pakej dibangunkan khusus buat penggiat aktiviti berbasikal, bukan saja warga kota tetapi juga dari seluruh negara dan dunia. Pengarah Kumpulan ­Jualan dan Pemasaran Inter-Orient Travel & Tour Sdn Bhd, Hazali Zakaria berkata, ada lebih daripada 30 pakej berbasikal di Putrajaya dan Paya Indah Wetland yang dibangunkan.

Katanya, setiap pakej yang ditawarkan meliputi pelbagai trek dan kemudahan yang disediakan termasuk basikal, transit dari ­lapangan terbang, penginapan dan sebaliknya.

“Setiap pakej yang ­ditawarkan oleh agensi pelancongan yang terbabit adalah berlainan dan boleh dipilih mengikut kepada ­kesesuaian pengayuh basikal. Jangka masa kayuhan juga adalah berlainan mengikut kepada lokasi. Seperti contoh pakej Santai-Santai Putrajaya hanya mengambil masa setengah hari dan ada juga yang memakan masa hingga dua hari,” katanya.

Mengulas mengenai perbezaan berbasikal sendiri di trek yang disediakan dan mengambil pakej di mana-mana agensi pelancongan, katanya terlalu banyak perbezaannya.
“Memanglah tanpa pakej, kos adalah lebih murah tetapi ia hanyalah kayuhan semata-mata. Tanpa ada makanan, penginapan dan pengangkutan. Dengan menggunakan pakej, segala-galanya disediakan dan diuruskan oleh agensi pelancongan yang dipilih. Ini termasuklah transit dari lapangan terbang ke hotel penginapan, kenderaan yang membawa basikal ke trek kayuhan, ­penyediaan makanan dan minuman yang lebih terjaga dan ­banyak lagi,” katanya yang mengiringi kunjungan penulis ke Putrajaya pagi ­Selasa lalu.

Pakej yang dibangunkan bersama Tourism Malaysia ini turut menawarkan pelbagai pengalaman mengayuh di beberapa lokasi sekitar Putrajaya dan Paya Indah Wetland. Untuk maklumat lanjut layari www.tourismmalaysia.gov.my atau menghubu­ngi terus Tourism Malaysia di talian 1 300 88 5050.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.