Bercuti dengan Kos Minimum

at Tuesday, 25 June 2013 [ 21:35 ]

Cuti pertengahan tahun 2013 sudahpun bermula. Mungkin ramai yang sudah merancang untuk pergi melancong ke luar negara, dalam negeri atau ke mana saja destinasi percutian. Di sini saya kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan sebagai panduan bercuti dengan kos yang minimum.

Ke mana destinasi percutian anda?

Jom lihat Destinasi Pelancongan di Malaysia

Buat perancangan awal

Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Tempat penginapan

Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak sendiri makanan

Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.
Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini  bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas

Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal

Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.

Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

* Sumber : Majalah Pa&Ma

Sumber http://www.ciklaili.com/2010/12/tip-bercuti-dengan-kos-minimum.html#ixzz2XIGMjamg
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.