Bukan Hanya Agensi Kerajaan Mengamalkan ‘Transformasi’

at Wednesday, 19 June 2013 [ 18:50 ]

Adakah anda seorang gadis yang mempunyai kecantikan yang menawan tetapi ingin melakukan tranformasi diri untuk lebih jelita dan mempesonakan? Adakah anda pengguna Fruitale?

Andalah gadis yang kami cari!

Sertai kami untuk bersama mentransformasi diri anda seiring dengan transformasi Fruitale dari sabun mandi kepada rangkaian yang lebih menyeluruhkan termasuk krim mandian untuk ulung-ulung kalinya.

Fruitale, rangkaian sabun kecantikan baru, bergaya, segar dan ceria yang mengandungi 100% ekstrak buah-buahan organik dengan bangganya mengumumkan pertandingan Transformasi Bintang Fruitale FairWhite UV bersempena dengan pelancaran rangkaian krim mandiannya terulung.

Pertandingan Transformasi Bintang Fruitale FairWhite UV ini memberi peluang kepada wanita-wanita yang berumur diantara 18 hingga 25 tahun untuk merasai transformasi diri yang bakal dilakukan oleh juruimej professional.

Nora Danish, Fruitale brand ambassador signing autograph for her beloved fans at Mydin Kota Bharu

Rebutlah peluang menjadi Gadis Transformasi Bintang Fruitale FairWhite UV yang pertama. Hadiah berjumlah lebih RM7,000 beserta hamper produk, sesi makeover dan grooming serta peluang untuk membintangi photoshoot di majalah tempatan terkemuka menanti finalis Transformasi Bintang Fruitale FairWhite UV.

“Fruitale adalah untuk golongan muda yang aktif. Rangkaian Fruitale kini berevolusi dengan siri krim mandian untuk ulung-ulung kalinya. Fruitale mengutamakan citarasa generasi muda, berkualiti dan inovatif dengan kelebihan dari segi penggunaan 100% ekstrak buah-buahan organik dan rumusan BioWhite Triple Moisturizer untuk penjagaan kulit yang baik. Malah keharuman moden varian krim mandian Fruitale pasti menawan dan memberikan kesegaran yang berkekalan,” kata Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Isi Rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta bolehlah menghadiri Kempen Transformasi Bintang Fruitale FairWhite UV di pasaraya Mydin dari 6 - 8 hb Jun 2013.

Pelakon jelita tanahair yang juga duta produk Fruitale, Nora Danish bakal menjadi salah seorang juri untuk pemilihan peserta dibeberapa lokasi.

Fruitale's Refresh – Nora Danish's personal favourite as it smells good with fresh, green fragrance of green apples

“Saya berasa begitu teruja dan gembira untuk turut serta menjalankan kempen ini. Bagi saya, ia adalah satu peluang kepada gadis di luar sana untuk mentransformasikan diri mereka kerana ia akan meningkatkan lagi keyakinan mereka dengan bimbingan dari juruimej professional. Yang pasti Fruitale adalah pilihan mereka dan pilihan saya juga,” jelas Nora Danish.

Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan Transformasi Bintang Fruitale FairWhite UV tetapi tidak dapat hadir ke lokasi pemilihan boleh menghantar gambar dan penyertaan mereka melalui emel kepada fb.fruitale@gmail.com. Penyertaan yang telah diterima dan layak akan dimuatnaik ke laman Facebook Fruitale dan seterusnya akan diletakkan di dalam laman undian. Sepuluh orang finalis akan ditentukan melalui pilihan pengundi dan juga markah dari juri-juri professional Fruitale.

Krim mandian Fruitale FairWhite UV dengan BioWhite Triple Moisturizer diperkaya dengan vitamin A, B1, B2, B5, B6 dan protein susu yang menghidrat, melindungi dan mengembalikan kulit lembut, halus dan lebih cantik.

Rangkaian krim mandian terbaru Fruitale FairWhite UV ini juga mengekalkan khasiat 100% ekstrak buah-buahan semulajadi yang organik, mengandungi anti-oksidan penting di samping kebaikan yogurt untuk kulit yang sihat dan cantik.

Rangkaian krim mandian Fruitale FairWhite UV mempunyai 4 varian; Radiant, Refresh; Revive; dan Whitensdengan wangian yang memukau, menyegarkan, dan yang pasti mengharumkan.

Sementara rangkaian sabun buku Fruitale FairWhite UV terdapat dalam 7 varian buah-buahan iaitu Lemon, Calamansi, Oren, Pic, Betik, Strawberi dan juga Delima.

Harga bagi krim mandian adalah RM9.90 untuk pek 1 liter dan RM2.65 untuk tiga pek sabun buku.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.