Keperawanan gadis direnggut sepupu warak dan alim

at Monday, 21 January 2013 [ 17:37 ]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG66nM3-03Ev2NJQOaBva4xa9Dkyviff8xAOrFbs7WHj1a14nW3v46woAwW22IC-OiX9tha4WAIDyT8Wt3JTwrF-4BVPg3BGYHv02QY3eB5ys5Nn9PwaWMOdfLwDnm8ULYuN-lc2FKYS33/s1600/DISETUBUHI.jpgSabak Bernam: Gadis ini tidak menyangka kesuciannya diragut sepupunya yang dianggapnya alim dan kuat pegangan agama.
Disebabkan percayakan sepupu yang rapat sejak kecil, Qeeya, 16, tiada masalah melepak di bilik lelaki itu sambil menonton filem di komputer riba ketika menumpang di rumah ibu saudaranya, setahun lalu.
“Saya mengenalinya sebagai orang baik dan mempunyai pegangan agama kuat. Mustahil dia melakukan perkara sedemikian terhadap saya, malah dia juga bertunang.
“Tepat sekali amaran dalam agama menghalang lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan, kerana ‘orang’ ketiga adalah syaitan.
“Dia memperkosa saya ketika ibu bapanya tidur di bilik mereka,” katanya.
Bercerita lanjut, Qeeya berkata, sepupunya pada mulanya mengajak untuk ‘bermain’.
Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan gurauan itu kerana tidak terfikir sepupunya sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan di rumahnya.
“Terkejut juga dia berkata ingin ‘bermain’, sedangkan ibunya berada berhampiran. Saya mengabaikan dan menyambung menonton video di komputer riba yang berada dalam biliknya.
“Tidak lama kemudian dia kunci pintu bilik dan terus merogol saya. Puas saya meronta-ronta melepaskan diri, tapi tenaga lelakinya membuatkan saya gagal.
“Lebih menyakitkan hati, dia memutar belit cerita mendakwa saya menggoda dan memaksa mengadakan hubungan, tambahan pula saya berada dalam biliknya,” katanya.
Malu dengan kejadian itu, Qeeya melarikan diri kerana takut perkara itu sampai ke pengetahuan keluarga sebelum mendapatkan perlindungan di Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, Sabak Bernam.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.