Mesir isytihar perintah darurat

at Tuesday, 29 January 2013 [ 17:21 ]

Penentang Presiden Mohamed Mursi bertempur dengan pasukan polis (tidak kelihatan) semasa mengadakan tunjuk perasaan di Port Said
KAHERAH 28 Jan. - Perintah berkurung dikuatkuasa di tiga wilayah di Terusan Suez, hari ini selepas Presiden Mesir mengisytiharkan perintah darurat di wilayah-wilayah itu ekoran keganasan terus memuncak di negara ini, sejak hujung minggu lalu yang mengorbankan lebih 50 orang.
Tindakan Presiden Mohammed Mursi itu mengingatkan tindakan yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ketika mengekang kumpulan penentang di negara ini semasa kebangkitan rakyat yang akhirnya membawa kejatuhan Hosni.
Namun, tunjuk perasaan kali ini tercetus sebagai membantah dasar Islam yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Mursi dan perubahan yang didakwa terlalu perlahan di negara ini.
Mursi yang berang dengan keadaan yang berlaku, berikrar ketika berucap di televisyen, semalam dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih keras bagi membendung keganasan di seluruh negara ini.
Mursi menegaskan bahawa beliau akan memastikan negara ini tidak akan kembali kepada kerajaan autoritarian.
Keganasan terburuk berlaku di bandar Port Said, lokasi yang menyebabkan tujuh orang maut, semalam, sekali gus meningkatkan angka korban kepada sekurang-kurangnya 44 orang.
Ketegangan yang bermula sejak Sabtu lalu itu memuncak selepas mahkamah Mesir menjatuhi hukuman mati ke atas 21 defendan yang terlibat dalam rusuhan bola sepak di Port Said pada Februari lalu yang menyebabkan 74 orang maut. - AGENSI

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.