PM - Tekad majukan Kelantan

at Sunday, 20 January 2013 [ 18:59 ]

Najib melambai ke arah peniaga dan orang ramai ketika melakukan lawatan dan beramah mesra dengan peniaga di Pasar Siti Khadijah, di Kota Bharu, semalam. - Foto Syamsi Suhaimi

Kota Bharu: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang akan dilaksanakan bagi memajukan Kelantan.
Projek berkenaan ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Selain itu mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 penuntut dan projek mengatasi masalah air.

Hari ini ambo (saya) hendak bayangkan janji ditepati Kerajaan BN. Stadium baru kita akan bina sebab ambo tahu (pasukan bola sepak Kelantan) Red Warriors cukup hebat.
Stadium Kota Bharu score board ditukar oleh ore (orang) (secara manual). Ore yang naikkan score. Orang lain pakai butang saja. Kita hendak Kelantan masuk abad 21, score board (papan markah elektronik) sudah buat, stadium baru akan kita bina, katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati (JJD), di padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini yang disambut tepukan kira-kira 50,000 orang yang hadir.
Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Najib berkata, Kerajaan BN juga berjanji mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri ini yang sering terganggu akibat pentadbiran kerajaan PAS Kelantan yang tidak cekap uruskan pembekalan air bersih, terutama di luar bandar.
Walaupun merancang membina 3,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), Kerajaan BN juga membina rumah mampu milik mengikut projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Najib berkata, 1,000 unit PPR sudah dibina di Gua Musang dan tambahan 3,000 unit lagi akan dibina di seluruh negeri ini bagi memastikan masyarakat berpendapatan rendah memiliki rumah.
Beliau berkata, kampus UiTM Cawangan Kota Bharu dibina di kawasan 5.6 hektar bagi menggantikan Kampus Satelit UiTM sedia ada.
Kerajaan Persekutuan jika dapat perkenan Sultan Kelantan, kita hendak bina masjid terbesar di Kelantan sekurang-kurangnya RM50 juta sebagai masjid ikon di negeri ini.
Ambo tengok jalan di Kota Bharu ini sesak. Kita sudah buat perkhidmatan bas Rapid KL dan Rapid Kuantan. Kita akan buat Rapid Kota Bharu.
Ambo sebut tujuh perkara ini dan sebahagian saja daripada manifesto. Tidak lengkap lagi. Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal, katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Kelantan berfikir secara rasional dan bersedia melakukan perubahan pada PRU-13 dengan menukar pentadbiran kerajaan negeri kerana hanya BN mampu menjanjikan pembangunan berterusan sambil tidak mengetepikan aspek pembangunan Islam.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.