tabik spring kat Nik Aziz....

at Tuesday, 22 January 2013 [ 23:32 ]

Kenapa Umno takut sangat dengan Nik Aziz?

Umno dan PERKASA adalah musuh PAS, bekas pemimpin PAS juga adalah musuh PAS. Baru-baru ini, Dr Hasan Ali alJATI dan Uztaz Nakhaei yang sekian lama menjadi keldai Umno serta Ibrahim Ali presiden PERKASA berkokok lagi. Mereka mahu Nik Aziz berundur, kononnya Nik Aziz dah tua, tak mampu buat kerja dan makan gaji buta,, lebih baik lepaskan jawatan kepada orang lebih muda, kata mereka. Kah, kah, kah!
Itulah tahap keberanian mereka ! Nak tegur kebobrokan Najib langsung mereka tak berani !

Kasihan pulak teman tengok dua tiga ekor musang ini! Tindakan mereka ibarat bibir tak mancung gigi tersorong-sorong ! Samalah macam musang nak mintak jaga reban ayam!! Apa-apa pun TG Nik Aziz tetap dianggap oleh rakyat Kelantan dan masyarakat Islam ‘amnya sebagai seorang pemimpin yang berintergriti dan berkredibiliti. Semakin Nik Aziz difitnah dan diperlekeh semakin tinggi pula darjatnya !! Lagi tinggi darjat pemimpin, semakin tinggilah daulah parti PAS itu sendiri, namun Umno tak faham-faham,, masih meneruskan kejian dan tohmahan!

Dalam sibuk menyindir Umno ciplak idea Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz bukanlah seperti bekas pemimpin PAS Dato’ Asri Muda atau Ustaz Nakhaei, bukan juga seperti Dr Hasan Ali mahupun Ustaz Nasha yang mudah digula-gulakan oleh Umno. Nik Aziz seorang pemimpin yang jujur, bijak dan berani, pemimpin yang tegas dan kukuh pendirian! Perjuangan Islamnya tidak pernah longgar dan luntur sedikitpun. Sesungguhnya pengaruh dan kekuatan TG Nik Aziz masih kukuh dan konsisten. TG Nik Aziz sendiri nampak masih yakin dan mampu meneruskan khidmat. Orang ramai khasnya rakyat Kelantan masih mahukannya.

Masyarakat Islam termasuk bukan Islam, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan amat menyenangi TG Nik Aziz. Kalaupun kudratnya tidak sehebat orang muda, tetapi idea dan buah fikiranya yang cukup bernas masih diperlukan! Ini yang amat ditakuti dan tidak disenangi oleh Umno. Tentu kita masih ingat, dalam sibuk menyindir dan memperlekeh Nik Aziz, Umno telah meniru atau copy paste idea Nik Aziz. Misalnya pembinaan rumah tiga bilik, berkerja lima hari seminggu, cuti dua bulan untuk isteri bersalin, penggunaan dinar dan sebagainya.
Umno usah kata nak berterima kasih, sebaliknya terus riak dan bongkak!!

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.