Walimatulurus

at Thursday, 10 January 2013 [ 00:48 ]

Bismilah. Tip untuk ibu bapa dan pengantin yang tidak mahu membuat kenduri kahwin. Membuat kenduri kahwin adalah sunat.
Apa yang sunat dapat pahala sekiranya dibuat, dan tidak berdosa sekiranya ditinggalkan. Kata Ustaz Nizam Abdul Kadir dalam rancangan Tanyalah ustaz beberapa hari lalu yang lebih kurang seperti ini
"Zaman ini, banyak orang yang berkata, melakukan perkara sunat dapat pahala, meninggalkan yang sunat itu rugi" Beliau menyambung lagi "Apa yang ruginya?" Beliau menyambung lagi,
"Ulama besar dahulu hanya menyatakan perkara sunat, dapat pahala apabila dibuat dan tidak ada apa-apa kalau ditinggalkan, itu sahaja".
Sekiranya kita ada duit sendiri tanpa menagih duit dari bakal menantu, buatlah kenduri walaupun dengan menyembelih seekor kambing sahaja, jika di negara Arab, kita tahu seekor kambing itu dapat dimakan oleh berapa orang sahaja.
Kalau tidak ada duit sendiri, cukup sekadar membuat doa selamat dan menjamukan orang surau kita.
Bagi yang mengejar pahala sunat buat kenduri walaupun sebenarnya tiada duit, bukan sekadar membuat kenduri kahwin kita dapat pahala, bagi kebenaran suami kahwin satu lagi, itu lagi besar pahala sunatnya, kerana si isteri pertama dapat payung emas lagi.
Mesejnya berkahwin dengan seberapa segera dengan pasangan apabila sudah jatuh hukum wajib, walaupun kita tidak mampu membuat kenduri, kerana rukun nikah yang Nabi nyatakan kepada kita sungguh mudah dan sungguh murah dan sungguh pantas.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.