Gelang Patah: 'HIDUP MATI’ Lim Kit Siang

at Tuesday, 23 April 2013 [ 22:43 ]

PERTARUNGAN Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di kawasan Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, dianggap pertarungan ‘hidup mati’ beliau dalam politik negara.

Ini kerana beliau bukan saja bakal menghadapi tentangan sengit Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang dipilih bertanding di Gelang Patah, tetapi terpaksa juga menghadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bakal Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesediaan Kit Siang bertanding di Gelang Patah membuktikan beliau sanggup menerima risiko kerana yang penting bagi beliau adalah untuk melengkapkan “tsunami politik” PRU 2008, yang menyaksikan BN tewas di lima negeri sekaligus menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Berbekalkan kejayaan itu, DAP, PAS dan PKR menguatkan gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) dan yakin akan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen, termasuk di Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membolehkannya membentuk Kerajaan Persekutuan baru di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Atas alasan itu juga membuatkan pemimpin DAP paling berpengalaman itu juga sanggup meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur yang dimenanginya dua penggal iaitu pada 2004 dan 2008 dengan majoriti lebih 21,000 untuk bertarung di Gelang Patah menentang Abdul Ghani.

Bagaimanapun pemilihan Abdul Ghani bertanding di Gelang Patah yang sebelum ini yang menjadi milik mutlat MCA menampakkan kerakusan UMNO sehingga sanggup mengetepikan rakannya dalam BN.

MCA pula dilihat terpaksa mengalah hingga sanggup menyerahkan beberapa kerusi yang pernah ditandinginya bukan setakat Gelang Patah, malah kerusi Parlimen Kuantan, di Pahang dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur kepada UMNO.

MCA mendominasi kerusi Parlimen Gelang Patah sejak 12 kali pilihan raya umum termasuk memenangi kerusi itu pada 2008 dengan majoriti 9,000 undi dan 31,666 pada PRU 2004.

Bagaimanapun pada PRU-13 ini, PR mensasarkan enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi dewan Undangan Negeri (DUN) di selatan Johor iaitu Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Gelang Patah, Kulai dan Pulai, dan 13 kerusi DUN ialah Stulang, Tanjong Puteri, Johor Jaya, Permas, Puteri Wangsa, Tiram, Skudai, Nusajaya, Pengkalan Rinting, Kempas, Senai, Bukit Batu dan Bukit Permai.

Setakat ini, Johor Bahru adalah satu-satunya ibu negeri yang masih kekal menjadi milik BN, manakala pusat bandar lain sudah dikuasai PR termasuk Kuala Lumpur, Kajang, Ipoh, Klang, Subang Jaya, Kuching, Petaling Jaya, Seremban, George Town, Melaka, Kota Baru, Kota Kinabalu, Kuantan dan Sungai Patani.

Selain itu, PR juga yakin akan memenangi 19 kerusi Parlimen iaitu Tanjong Piai, Kluang, Batu Pahat, Bakri, Labis, Segamat, Sekijang, Ledang, Muar, Ayer Hitam, Sri Gading, Simpang Rengam dan Sembrong, manakala kerusi DUN lain adalah Pekan Nenas, Mengkibol, Penggaram, Layang-Layang, Parit Yaani, Maharani, Gambir, Tenang dan Pemanis.

Selain Johor, PR juga bertekad menamat dan mengubah dua lagi negeri yang menjadi deposit tetap BN iaitu Sabah dan Sarawak pada PRU-13 ini.

Pada PRU 2008, PR hanya memenangi 82 kerusi Parlimen manakala BN memenangi 140 kerusi. Jika PR boleh memenangi sekurang-kurangnya 40% daripada 83 kerusi Parlimen di tiga negeri deposit tetap BN bermakna PR akan memperoleh majoriti mudah iaitu 112 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Bagi memastikan PR boleh menang dengan majoriti yang lebih baik dan selesa PR perlu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen (majoriti 28) yang 45 kerusi ditandingi PKR dan masing-masing 40 kerusi oleh DAP dan PAS dengan mensasarkan 25 kerusi di negeri yang BN menang kurang daripada 55% undi popular iaitu Arau, Alor Setar, Kuala Nerus, Larut, Kuala Kangsar, Kampar, Lumut, Bentong, Raub, Jerantut, Sabak Bernam, Pandan, Rembau dan Bukit Katil. – Roketkini.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.