Nasib 4 katak: Hilang madu sepah dibuang

at Tuesday, 16 April 2013 [ 20:10 ]

(Jamaludin, Othman, Hee dan Keshvinder...kemana mereka)

IPOH: 'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.

Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.

Dalam pengumuman calon-calon BN semalam, kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.

(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)

"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.

Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13. Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini sebelum ini.

Memang menjadi lumrah, jika dahulu mereka ini berani melompat demi sebuah janji yang tidak pasti kali ini pasti mereka akan melompat lagi. “Sediakan pasyung seblum hujan”, itulah ungkapan yang digunapakai oleh BN dalam menentukan calon pada PRU13 nanti. BN tidak akan mempertaruhkan nasib BN kepada mereka yang terbukti pandai melompat ibarat katak.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.