Petanda Blog Berjaya SEO
As-Salam. Nasib baik blogger.com diperkemaskan dengan analitik yang boleh melihat sumber trafik ke blog. Walaupun nampak ringkas tetapi mencukupi untuk kita mengetahui dari mana sumber trafik itu datang ke blog. Mari lihat petanda blog berjaya SEO.
Sebagai seorang blogger yang begitu dambakan trafik tinggi ke blog, haruslah dan perlu sentiasa peka dengan perubahan trafik ke blog. Paling penting, adalah meneliti sumber trafik blog supaya boleh ubah beberapa pendekatan untuk mendapatkan trafik. Dan antara yang mudah (kalau sudah belajar) ialah menerusi SEO (Search Engine Optimization).
HH kongsikan statistik petanda blog berjaya SEO ini adalah untuk tunjukkan bahawa dengan SEO, blog anda boleh menerima trafik yang gila babas banyak. Teknik SEO terbaik adalah menyediakan kandungan yang menarik, sesuai dibaca semua, original dan disertai dengan sentuhan personal yang memungkinkan anda mendapat pembaca setia atau pengunjung berulangan.
Petanda Blog Berjaya SEO
Dengan melihat statistik dan analitik yang disediakan dalam blogger (blogspot), anda boleh melihat sendiri adakah teknik SEO yang anda amalkan dalam peneydiaan konten blog berbaloi atau menjadi.
Menerusi analitik yang HH lampirkan ini, jangan terkejut sangat dengan apa yang dipaparkan. Ini merupakan statistik analitik sejak bertahun dahulu, bukan satu tahun, bukan dua tahun, bukan tiga tahun .... ianya merupakan analitik sejak tahun 2008 ... 2009 lagi. Jadi, tak perlu nganga mulut. Sesiapa pun boleh dapatkan angka-angka tersebut kalau dah berkurun ada blog.
Cuma nak beritahu, sejak beberapa perubahan dalam atmosfera enjin carian, blog ini dah semakin sukar mendapatkan trafik dari enjin carian MSN.com serta Yahoo.com, begitu juga dengan Bing.com.
Guna Khidmat Percuma Disediakan Google dan Bing Webmaster
Petanda blog berjaya SEO - Cuba lihat bahagian Refering Sites, dah tak ada nampak dalam slot msn.com serta Bing.com. Yang nampak banyaknya datang dari Google, Facebook dan Yahoo. Trafik yang hadir menerusi Google dan Yahoo, mungkin disebabkan HH selalu bertandang ke Google Webmaster Tool, dan juga Bing Webmaster Tool yang banyak membantu blog ini menerima trafik. Dari kedua-dua laman untuk webmaster tersebut, anda boleh laraskan entri-entri dalam blog untuk mendapat tempat dalam enjin carian.
Kalau dok abiskan masa di situ, memang tak adalah entri terbaru. Makan masa gak nak menelaah apa yang disediakan.
Trafik Menerusi Laman Sosial
Facebook, tentulah menerusi group-group yang ada, berserta page kepunyaan HH. Dan OhBelog, salah satu daripada laman web agregator yang banyak sumbang trafik menerusi entri-entri terpilih, begitu juga dari laman web agregator (ping) Busuk.org.
Trafik Menerusi Kotak Komen Disqus
Ruangan komen Disqus juga memberikan trafik yang baik sejak HH gunakan dalam blog pada awal tahun ini! Ya .. awal tahun ini, baru HH gunakan Disqus ... dan lihat bagaimana sumber dari kotak komen berikan blog anda trafik yang sebegitu banyak.
Trafik Menerusi Gambar
Penggunaan gambar terutama menerusi entri khas Wordless Wednesday, mendapat tempat di enjin carian kategori imej atau gambar.
Namun, walaupun ada trafik tinggi ... masalah utama blog ini masih belum dapat diatasi lagi, iaitu kadar bounce rate yang masih melepasi 50 peratus. Ia tidak baik untuk sesebuah blog, kerana menunjukkan bahawa blog anda hanyalah satu persinggahan sementara atau boleh diibaratkan sebagai one night stand, yang tentunya merugikan.
HH harap dengan entri ini, dapat memberikan gambaran bagaimana SEO (Search Engine Optimization) itu penting bagi menghasilkan angka yang boleh buat anda tersenyum sendiri di depan monitor 15 inci anda...hehehe...ingat ehh .. lihat analitik untuk cari petanda blog berjaya SEO.