5 Kesilapan Awal Dilakukan Blogger Blogspot Ketika Bina Blog

at Tuesday, 23 April 2013 [ 23:13 ]

As-Salam. Semua orang boleh ada blog, tidak kiralah anda seorang tukang masak, janator bangunan, surirumah, guru ataupun pelajar. Blog boleh dibuat dengan sangat mudah dan dalam masa yang singkat. Menerusi platfrom blogspot, anda sudah boleh memiliki blog kurang dari 5 minit.
Namun, dalam penghasilan blog, ramai yang tidak berjaya membuat blog yang baik dalam tempoh masa singkat. Ini adalah kerana ramai blogger terutama blogger blogspot sering melakukan kesilapan di awal peringkat menghasilkan blog, terutama ketika memilih reka-bentuk dan pengisian.
Dalam enti ini, HH akan cuba singkap dan ungkap mengenai kesilapan tersebut, yang mungkin boleh dijadikan panduan oleh blogger lain.

5 Kesilapan Awal Dilakukan Blogger Blogspot Ketika Bina Blog

Tujuan Ada Blog

Sebelum anda klik untuk create new blog - anda seharusnya sudah ada tujuan untuk blog itu diwujudkan. Tujuan pula bukan samar-samar, tetapi mestilah jelas dan nyata. Dengan adanya tujuan, anda sudah boleh memikirkan dengan baik mengenai tajuk blog, nama blog, bentuk header, bentuk template, widget penting dan sekaligus pengisian blog anda.

Entri Pertama

Ada blogger, apabila dah ada sebuah template blog tidak tahu pula cara untuk menulis. Entri pertama amat penting kerana ia bakal menjadi satu template kepada entri-entri seterusnya. Di entri pertama, seharusnya anda menyatakan tujuan, misi, pengenalan siapa diri anda yang ingin dikenali dalam dunia blog. Di entri pertama juga, anda bakal mencorakkan bagaimana entri-entri bakal ditulis - dari segi lengok bahasa, penggunaan kata ganti diri, corak penulisan dan sebagainya. Entri pertama seboleh mungkin perlu menepati cirian sebuah entri yang lengkap dan bermutu - ada pengenalan, isi dan penutup, serta penggunaan H1, H2 serta H3 tag bagi setiap tajuk kecil.

Profil Blogger

Ada blog tanpa ada profil blogger yang lengkap adalah satu kerugian. Seharusnya seorang yang telah mempunyai blog perlu melengkapkan profil blogger agar mudah dikenali di samping membina kredibiliti sendiri dalam dunia blog. Blog dan profil blogger akan dibawa ke mana-mana dalam dunia blog khususnya, dan dunia maya secara amnya. Pastikan ia lengkap dengan butiran diperlukan di samping logo (jika boleh) atau paling tidak gambar profil yang sedang tersenyum.

Widget Penting

Ramai di kalangan blogger terutama HH, tidak fikir mengenai kepentingan widget. Apa sahaja widget yang ada atau diketahui, terus pasang walaupun blog baru berusia 30 minit. Pilih widget yang berkenaan sahaja dahulu. Fikirkan - Logik tak letak widget entri paling popular walhal blog baru ada 2 entri yang panjangnya tak sampai 100 perkataan? Ia samalah juga dengan widget seperti entri terbaru, jumlah paparan dan yang lain. Saranan HH, hanya letak widget asas seperti profil blogger anda, sedikit teks dan bloglist.

Label Entri

Label dalam blogspot boleh dianggap sebagai tag atau kategori. Anda perlu memastikan dengan jelas tag dan label apa yang sesuai digunakan untuk blog anda, bagi menunjukkan cirian unik yang ada dalam blog anda. Label-label ini perlu sistematik kerana ia akan membantu anda mengurus entri-entri anda dengan baik. Jika tidak pasti mengenai label ini, cuba buat sehingga 10 entri, dan kemudian lihat balik entri-entri tersebut untuk dilabelkan. Tak perlu label banyak-banyak kerana ia bukan sahaja akan peningkan anda, malah sukarkan pembaca blog anda kelak untuk mencari entri berkaitan.
Ok. Itulah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger blogspot - kebanyakkannya mungkin. Semua kesilapan ini akan menyebabkan blog anda tidak dapat berkembang dengan baik, maka penting memastikan kesilapan ini ditanggani jika telah ada blog - atau dielakkan jika belum lagi mempunyai blog (atau blog baru).
Selamat berblog, dan manfaatkan entri ini dengan klik apa-apa yang patut .. :P

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.