Canon ke Nikon?

at Monday, 22 April 2013 [ 23:51 ]

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu spesifik kepada model.

Contohnya, Nikon D90 dengan Canon 1DX mana yang lebih baik?

atau, Canon D1100 dengan Nikon D4 mana yang lebih sesuai untuk newbie?

Sekiranya anda tidak ada idea model apa yang nak dibandingkan, ini langkah dia

Langkah 1. Check budget anda.

berikut adalah table kamera yang anda perlu check mengikut bajet.

 
Bajet Canon Nikon
RM2000 1100D D3200
RM2500 600D D5100
RM3500 60D D7000
RM5000 7D D300s
RM8000 5D Mark 2 D700
RM11000 5D Mark 3 D800

Langkah 2 . Bandingkan mengikut model di Snapsort.com

http://snapsort.com/compare

Anda mungkin  mahu semak kamera mana beri fps terbanyak, Auto fokus terbanyak, ISO tertinggi, noise terendah, dan sebagainya.

Kalau susah, just ambil point paling tinggi dalam snapsort, ambil yang itu. Actually point yang dia beri agak reliable pada pandangan saya.

Langkah 3 . SEMAK KEDAI KAMERA, PAKEJ YANG DIBERIKAN DALAM LINGKUNGAN HARGA TERSEBUT

Cleaner free, filter free, lens free, bag free, tripod free, pakej percutian free… squezeee seberapa boleh dari tokei kedai tersebut.

LANGKAH 4 . Bandingkan harga tersebut di Shashinki.com. Sewajarnya harga yang anda dapat di kedai fizikal, tidak lebih dari harga shashinki.

AMARAN

ELAKKAN MEMBELI AP SET (TIADA WARANTY DARI NIKON MALAYSIA atau CANON sendiri, sebaliknya waranty dari DISTRIBUTOR LAIN). kecuali anda terpaksa.. takde alternatif.

ELAKKAN MEMBELI FILTER DENGAN HARGA YANG MAHAL. Semak harga filter di lelong.com.my. Harga filter UV premium jenama B+W dan hoya HD adalah dalam RM300 . Harga non premium- multi coating dalam RM150. Yang lain hanya RM30-60 macam itu.

ELAKKAN MEMBELI TRIPOD DAN BEG dengan harga yang mahal. Tanya kawan kawan di KELAB FOTOGRAFI FACEBOOK MALAYSIA. Kadang kala kedai akan suruh anda beli tripod harga RM100 sedang tripod tersebut mudah patah dan kos sebenar cuma RM18.00

HARGA DI SINGAPURA TIDAK TERLALU BEZA DARI MALAYSIA. Anda akan ada masalah waranty kerana syarikat distributor di malaysia bukan pembawa barangan tersebut ke malaysia.

ELAKKAN MEMBELI ULTRA WIDE CONVERTER DAN CLOSE UP ADAPTER sewaktu pertama kali membeli kamera. Sebenarnya harga yang mereka letak buat pertama kali, adalah jauh lebih mahal dari anda datang pada kali kelima, keenam dan kesepuluh. Kedai kamera pasti akan cuba upsale dengan dua benda ini buat pertama kali. Problem dia bukan tak boleh beli, tapi mereka tahu firsttimer takkan check harga dua benda ni, so selalu terjadi rip off. Beli barang ini selepas anda benar benar perlu.

BEG SANDANG NIKON DAN CANON Selalunya free. Beli time lain, harganya dalam rm50-100 ikut kedai. Make sure anda dapat bag masa beli first time. kalau tak guna pun boleh simpan nanti.. untuk isi accessory macam filter dan sebagainya.

JGN BELI SEMUA LENSA yang seller recommend waktu pertama kali.. unless anda dah check semua harga dulu.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.