Fesyen Muslimah Terkini 2013

at Friday, 7 June 2013 [ 01:16 ]

Warna memainkan peranan penting dalam memberi impak kepada si pemakai. Ini kerana warna daya penarik pertama yang memikat pandangan sebelum beralih kepada potongan atau perhiasan dikenakan. Dalam peraturan memilih warna, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Antaranya pilihan warna harus sesuai rona kulit, potongan serta majlis yang akan dihadiri. Selain itu pemilihan fabrik sama ada polos atau bercorak turut mempengaruhi penggayaan seseorang. Dalam hal, ini fabrik bercorak sesuai dipadankan dengan tudung polos begitu juga sebaliknya.

Menurut Pengasas Hijab Muslimah Inspire Style (HMI Style), Za Afiza Mohd, fabrik polos sangat sesuai digayakan ke pejabat terutama bagi yang gemar memakai kemeja atau blaus. Namun begitu, wanita boleh me­nyuai padan dengan seluar mahu pun skirt bercorak bagi memberikan kesan anggun dan menyerlah.

“Bagi wanita yang gemar bermain dengan warna, pemilihan rona baju boleh dipraktikkan. Sebagai contoh kemeja lengan panjang putih, hitam atau perang sesuai ke majlis rasmi dan ke pejabat manakala skirt bercorak digayakan untuk acara santai dipadankan baju bersesuaian,” kata­nya.

SKIRT bercorak nampak anggun dipadankan blaus hitam. Lilitan tudung ala serban dengan kuntuman bunga menambah keayuan tersendiri. Za Afiza yang turut menghasilkan rekaan skirt pelbagai warna mengakui dia sering menerima rungutan daripada wanita yang ingin memakai skirt tetapi tidak tahu potongan serta warna bersesuaian. Memenuhi kehendak mereka, dia menghasilkan skirt Muslimah Areesya pelbagai rekaan, corak dan warna.

Menariknya, skirt kembang ala puteri ini sesuai digayakan untuk semua tanpa mengira ukuran badan. Apabila dipakai ia terletak cantik pada tubuh si pemakai, beralun lembut serta memudahkan pergerakan.

“Ada sesetengah skirt kurang sesuai untuk wanita Muslimah kerana selain ketat, ia mengehad­kan pergerakan disebabkan fabrik digunakan melekat. Oleh kerana mempunyai kemahiran dalam jahitan saya menghasilkan rekaan skirt sendiri yang sesuai untuk semua golongan,” katanya.

Menurut Za Afiza, skirt Muslimah Areesya sesuai dipadankan dengan pakaian pendek, labuh atau blaus bagi memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh menawan kepada si pemakai. Menggunakan fabrik lembut kapas berbunga, kebanyakan wanita menggemari potongan kembang kerana membuatkan seseorang bertambah langsing. Setakat ini, HMI Style menerima tempahan skirt daripada pelbagai sektor terutamanya jabatan kerajaan dan orang perseora­ngan. Selain itu, HMI Style juga turut mengadakan kelas penampilan hijab serta pe­nyesuaian warna dan bentuk tubuh terbuka kepada semua.

Keistimewaan koleksi MHI Style adalah pada rekaan, warna serta material selain mengutamakan keselesaan pelanggan. Selain skirt, Za Afiza turut menghasilkan rekaan blaus dan selendang bagi memberikan kelainan kepada wanita. Bagi memenuhi permintaan wanita, pada setiap bulan dia akan mengeluarkan rekaan terkini pada satu-satu jenis pakaian.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.