Moral calon di luar bidang kuasa SPR

at Monday, 15 April 2013 [ 20:59 ]

Kelayakan tanding PRU-13 hanya babit kes jenayah, muflis

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menilai soal peribadi atau moral calon yang mahu bertanding, sebaliknya terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya hanya menyemak status calon mengikut kelayakan undang-undang seperti terbabit dengan jenayah atau muflis.

Bukan kuasa SPR

Beliau berkata, bukan kuasa SPR menentukan mereka yang terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, termasuk gambar videonya didedahkan media sebagai tidak layak bertanding.

“Yang itu (video seks), soal peribadi dan moral yang harus dinilai rakyat. Untuk jadi pemimpin yang boleh dicontohi, ia sebenarnya kuasa rakyat yang menentukan kewibawaan seseorang untuk menjadi wakil rakyat. Kita perlukan wakil rakyat yang bersih, termasuk dari aspek integriti. Kalau latar belakang dipertikaikan, saya rasa tidak bagus calon itu menawarkan diri,” katanya.

Mengulas usaha dilakukan SPR sebaik senarai nama calon diumumkan, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak menunggu hari penamaan calon untuk membuat semakan kelayakan calon.

Ditapis parti

“Kita buat semakan sebaik saja parti politik isytihar calon. Saya percaya parti politik, khususnya Barisan Nasional (BN) prihatin dalam soal kelayakan, saya tidak fikir mereka buat kesilapan sebab sudah serah nama calon kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Insolvensi. Yang dibimbangi parti lain yang memilih calon bidan terjun dan calon bebas yang menawarkan diri bertanding di saat akhir. Ini kita kena semak betul-betul, bagi mengelak isytihar calon yang tidak layak bertanding,” katanya.

Ditanya tindakan mereka yang merosakkan bendera parti lawan, Wan Ahmad berkata, golongan itu tidak menghormati maksud pilihan raya dan merosakkan proses demokrasi.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.