Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Rais: Tempoh siaran 10 minit manifesto di RTM hanya sekali

at Thursday, 11 April 2013 [ 01:47 ]

Rais YatimMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim

KUALA LUMPUR - Tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi hanya sekali dan bukan untuk sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran, tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang berbanding tempoh lima minit yang diberikan sebelum ini.
Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka surat manifesto dengan langkau satu baris.
"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolak untuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itu diberikan adil kepada semua parti.
"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau Jabatan Penyiaran," katanya.
Namun begitu, beliau berkata RTM tetap akan membuat liputan berita di bawah tiga buah stesen TV dan 32 stesen radio mereka, walaupun terhadap pihak yang tidak mahu terlibat menyiarkan manifesto mereka, dengan syarat mereka menjemput.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa jabatan dan agensi kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.
"Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud...semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa," katanya.
Beliau berkata kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik.

Dalam pada itu Rais turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti semula semua kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu agama.

"...ini perkara besar...mengejutkan dan tidak pernah berlaku dahulu. Seharusnya Timbalan Perdana Menteri meminta Majlis Fatwa membuat sesuatu yang beri panduan jelas," katanya.

Pada majlis berkenaan, Rais turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada persatuan Karyawan dan 80 buah netbook 1Malaysia kepada para penghibur jalanan.

Mengulas mengenai penghibur jalanan, beliau berkata ada cadangan untuk mewujudkan skim insurans khas bagi golongan itu.

"Mereka sedang difikirkan bagi mendapatkan liputan insurans sepertimana penyanyi lain dan pelakon-pelakon di bawah perlindungan insurans seniman, dan kami sedang mendaftarkan mereka mengikut jadual biasa," katanya.

Beliau berkata penghibur jalanan wajar mendapat peluang dan pengiktirafan dengan pelbagai bakat tinggi yang mereka ada, justeru pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akan terus mewujudkan peluang bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Content left

Content right

Content left

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

Content left

footerwidget3

Content right

Content right

Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.