Ayam blackpepper

at Monday, 13 May 2013 [ 00:32 ]

salam hujung minggu dan selamat berehar2.... ayam blackpepper yang dah tinggal bekas je pun nak jugak tepek kat sini.... menu dinner hari jumaat masa anak balik dari melaka dapatlah menjamu selera bersama-sama. masak lauk ni dan gulai daging leftover je pun lauknya tp sangat sedap sbb kami anak beranak ada dirumah...hati ibukan....
resepi ayam ni yang asalnya guna udang adalah dar Nor Secubit Garam... mekasih ya Nor wpun kak rose dah derhakakan resepi ni ikut bahan mana yg ada kat rumah jer....
Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya (x de, kak rose x letak)
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose ade yg ijo jer n + tomatoes)
Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli. .

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.