Pelan Strategik TLDM

at Wednesday, 8 May 2013 [ 18:20 ]

Anuwar Mad Said (kiri) memeriksa Perbarisan Istiadat Sempena Sambutan Hari TLDM Ke-79 peringkat Lembah Klang di Padang Kawad KD Sri Gombak.

MENJANGKAU usia 79 pada tahun ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu sedikitpun ketinggalan dalam agenda transformasi negara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, sebuah angkatan armada negara yang berwibawa dan disegani ramai diperlukan.

Sehubungan itu, Pelan Strategik TLDM 2013 hingga 2020 ataupun dikenali PS1320 telah dilancarkan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang dijadikan amanat buat angkatannya.

Pelaksanaan PS1320 meliputi semua warga TLDM sehingga keseluruhan markas digerakkan malah tidak seorangpun anggota yang akan ketinggalan dalam pelan strategik itu.

Sehubungan itu sambutan ulang tahun TLDM, peringkat Lembah Klang di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur telah membuktikan segala-galanya.

Disiplin tinggi yang ditunjukkan keseluruhan anggota markas itu ketika istiadat perbarisan telah menunjukkan bahawa warganya di seluruh negara telah bersedia memikul tanggungjawab menjayakan PS1320.

Bagi Asisten Ketua Staf Bahagian Pengurusan Strategik Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Datuk Anuwar Mad Said, usaha TLDM mentransformasi armada akan menjayakan ketumbukan pasukan pada masa depan.

Beliau berkata, inisiatif TLDM melaksanakan PS1320 adalah pelengkap kepada Pelan Strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penekanan yang diberikan pada PS1320 bertujuan memastikan ketiga-tiga pelan strategi pasukan di bawah ATM akan saling berkaitan antara satu sama lain untuk memastikan kejayaan keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik perolehan dua buah kapal latihan baru iaitu Gagah Samudera dan Teguh Samudera yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2014 serta perolehan enam buah kapal Litterol Combat Ship (LCS) menjelang 2018.

Menurut beliau, perolehan aset baru itu bukan sahaja bertujuan sekadar melengkapkan PS1320 malah memodenkan pasukan yang perlu mengawal perairan maritim negara yang luas.

Dalam masa sama, TLDM tentunya memerlukan anggota yang cemerlang dalam tugasan seiring slogan Sedia Berkorban dalam mendaulatkan perairan maritim negara. Oleh itu, penggajian, pelbagai bantuan serta kelengkapan infrastruktur yang berterusan telah diberikan kepada setiap anggota.

Justeru, pemberian anugerah dilihat mampu memastikan setiap anggota sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik lantas dapat memastikan keseluruhan anggota berada dalam keadaan bersiap sedia.

Dalam pada itu, Anugerah Anggota Laskar Terbaik dan Anugerah Bintara Terbaik Peringkat Markas Tentera Laut Bagi tahun 2012 diterima oleh Laskar Kanan, Azza Alwee dan Norhaizan Abu Naim dalam Istiadat Perbarisan di KD Sri Gombak.

Pemberian itu bertujuan memastikan anggota yang menunjukkan prestasi yang cemerlang diberi anugerah dalam menghargai kecemerlangan mereka.

Jasa serta pengorbanan yang diberikan oleh anggota keselamatan terutama tentera laut dalam menjaga perairan negara perlu dihargai kerana tanpa pengorbanan mereka, keamanan yang dimiliki kini tidak akan diperoleh.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.