Takut membazir atau memang kedekut?

at Thursday, 16 May 2013 [ 00:15 ]

Pandang kiri dan kanan dulu sebelum tengok harga, kemudian baru beli. Duit dalam poket tidak seberapa, gaji pula kena potong sebab selalu sangat ponteng kerja. Di depan mata terbayang baju, kasut dan aksesori yang cantik-cantik. Rasa nak menangis kalau tak dapat beli!

Tambahan pula tengah jualan murah, kalau boleh nak beli semua. Kadang-kadang hujung bulan sampai gigit jari sebab duit sudah habis kerana sakan membeli. Kalau murah tidak mengapa, ini beli yang berjenama dan mahal.

Memang seronok apabila keluar membeli-belah dengan poket tebal. Apa saja barang yang suka dan minat boleh beli tanpa banyak soal. Nak-nak bonus dan elaun tahunan sudah dapat, memang sakan membeli sehingga tak ingat dunia!

Golongan muda kebanyakannya mempunyai hobi suka membeli. Ada antara remaja kini yang membeli tengok harga dulu dan ada juga yang membeli ikut jenama, walaupun tahu jenama yang ingin dibeli itu mahal.

Sebenarnya ada dua kategori orang apabila membeli-belah ini iaitu membeli dengan tengok harga dulu, sebelum memilih barang yang berkenan di hati. Kedua, melihat jenama dan terus bayar di kaunter tanpa perlu melihat harga.

Kebanyakan anak muda lebih cenderung membeli barang yang berkualiti. Walaupun menelan belanja ratusan atau ribuan ringgit, itu memberi satu kepuasan. Contohnya membeli jenama seluar berjenama, baru tak malu nak pakai!

Ada juga remaja yang membeli mengikut kemampuan sendiri, terutamanya buat mereka yang sudah bekerja. Wang gaji membolehkan mereka membeli barang kesukaan yang sudah lama diimpikan, tanpa perlu melihat harga terlebih awal. Ambil saja tanpa perlu persoalkan harga.

Sesetengah anak muda juga suka menunjuk-nunjuk, kononnya mempunyai kehidupan mewah dan membeli-belah ikut suka hati, maklumlah masih di bawah tanggungan ayah, mulalah tayang beg atau aksesori kepada kawan-kawan bila ke kolej.

Mereka yang melihat jenama ini kebanyakannya sudah tahu barang apa yang hendak dibeli, sebelum keluar ke pusat beli-belah dan sudah senaraikan barang penting yang inginkan. Jadi tidaklah terkial-kial mencari.

Isu berkaitan jenama ini bukanlah hanya kepada pakaian semata-mata, malah aksesori badan yang lain, makanan, aksesori kereta, bahan bacaan, malah sehingga pakaian dalam mereka pun mesti berjenama. Mereka beranggapan takut gatal-gatal badan kalau beli yang murah dan tidak mempunyai jenama.

Remaja kini ada ketikanya hanya tahu ambil barang yang ada di pusat beli-belah tanpa perlu banyak berfikir sama ada membazir atau tidak.

Tidak perlulah nanti buka kalkulator mengira harga barang itu, tambahan pula di hadapan orang ramai, memang akan rasa malu dan kalau nak mengira juga terpaksa sorok-sorok.

Kemampuan seseorang itu membeli juga berbeza kerana tidak semua orang mampu untuk membeli barangan mewah dan berjenama.

Mereka yang melihat harga ini juga sebenarnya tidak berkemampuan untuk membeli barang berjenama, asalkan dapat keluar membeli-belah bersama rakan-rakan dan membeli sekadar mampu.

Golongan ini juga bimbang seandainya membeli terlebih daripada bajet yang mereka ada dan memikirkan keperluan lain yang lebih penting. Kalau harga murah, mereka tidak kisah. Baru berbaloi!

Apabila melihat barang mahal sikit, golongan ini kebanyakannya tidak akan membeli walaupun separuh hati sudah menjerit meminta dibelikan.

Takut membazir atau memang kedekut?

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.