Mula-mula kawan, lama-lama..

at Friday, 17 May 2013 [ 01:14 ]

Mula-mula kawan, lama-lama..Bukanlah sesuatu yang pelik apabila jatuh cinta kepada kawan sendiri. MURSHID EUNOS meneliti kisah dua pembaca Gen-Y.

Kebiasaannya kita akan menjadi rapat dengan seseorang yang dianggap teman kerana berkongsi banyak minat yang sama. Akrab yang awalnya sekadar teman biasa selalunya akan melekat hingga menjadi sahabat setia.

Ke mana saja bersama dan jika ada sebarang perancangan, sudah tentu kita tidak sekali terlupa untuk membawa sahabat bersama. Itulah yang dikatakan sahabat.

Tapi ada bezanya antara bersahabat sama jantina seperti kebanyakannya dengan yang berpasangan, lelaki dan perempuan. Jika yang lelaki kebiasaannya berkawan rapat kerana bermain futsal bersama, gemar lepak menonton bola sepak ataupun aktiviti lain. Dan gadis pula kerana sama kolej atau sekolah dan kemudiannya kebetulan minat pada sesuatu perkara yang sama.

Bagaimana pula sahabat antara lelaki dan perempuan? Memang tidak dinafikan ramai. Si gadis suka merujuk kepada kawan lelakinya setiap kali ada masalah dengan kekasih dan begitu juga sebaliknya.

Hubungan mereka lebih santai dan selamba kerana selalunya si lelaki tidak mudah terasa hati dan gadis pula bijak mengambil hati. Lantas hubungan itu lebih terancang dan sempurna. Lecehnya apabila salah satu daripada mereka mula menaruh hati. Kalau kepada orang lain mudah sikit ceritanya, tapi sekiranya dengan kawan baik sendiri, bermulalah konflik dan drama.

Mujur jika kebetulan pihak yang satu lagi membalas. Kebetulan kekosongan cinta di hati, lekas kawan baik mengisinya. Banyak kelebihannya memilih kawan sebagai kekasih mahupun teman hidup. Rata-rata beranggapan melalui fasa kawan, kita akan mengenali lebih mendalam pasangan. Maksudnya kita sudah mengenali hati budi masing-masing ketika masih status sahabat.

Kalau dilihat dalam drama televisyen sekalipun, ia seperti skrip yang gemar dimainkan dalam cerita cinta. Tapi inilah realitinya bagi golongan muda masa kini. Walaupun banyak orang yang beranggapan begitu, masih ada yang tak boleh menerima kenyataan kawan selepas itu bercinta sebab merasakan geli dan susah untuk membezakan situasi bila bercinta dan berkawan.

Maklumlah bila sudah menjalin hubungan, banyak benda yang berubah. Kalau dulu makan cili melekat di gigi tak kisah tapi sekarang adab perlu dijaga dengan tertib apabila bersama. Mungkin tidak memberi masalah kepada mereka yang memang sudah terjerat dengan situasi ini kerana lain orang, lain pendapat dan langkahnya.

Janggal nak panggil

“Ia bagus sebab saya turut mengalami situasi sama. Bila berkawan kita sudah mengenali hati budi dan tahu baik buruk perangainya. Kita akan berasa selesa melalui pergaulan ketika berjumpa atau keluar ‘date’. Melalui pergaulan sebagai rakan ketika bersama kekasih, membantu saya untuk senang bercerita mengenai masalah, sebab dulu bila ada perkara yang boleh dikongsi, saya akan bercerita dengan kawan saya iaitu kekasih saya sekarang. Macam saya sendiri sekarang sudah boleh terima si dia walaupun sebelum bercinta, kami rapat sebagai teman. Dari situ timbul keserasian bila masing-masing berkongsi pendapat atau perkara disukai bersama. Secara automatik pasangan kita menjadi dirinya sebenar bila keluar bersama. Jadi soal tak memahami langsung tiada dalam istilah perhubungan kami. Menjadi diri sendiri adalah rahsia kami sebab sudah boleh menerima kekurangan dan kelebihannya masing-masing. Satu perkara lagi, bila kita sudah lama berkawan dan baru timbul perasaan suka, ia adalah satu nikmat kerana timbul perasaan gembira, kita tidak akan merasa kekok. Cabaran biasa dialami nak menyesuaikan diri bila gelaran nama sudah bertukar. Kalau kawan main cakap aku kau, bila sudah mempunyai hubungan istimewa nama mesti nak comel-comel sikit. Itupun perlukan masa untuk membiasakan percakapan bila bersama si dia. Tapi kadang-kadang tersasul juga bila ingin berjenaka atau bergurau. Walaupun begitu saya tetap gembira berada di samping kekasih kerana dia adalah sahabat saya sejak dulu,” katanya.

Nama: Nurul Afiqah Mat Zuki
Umur: 22 Tahun
Lokasi: Ampang
E-mail: fieqa92@gmail.com

Lebih kenali dia

“Saya mengalami perkara sama yang mana kekasih saya adalah rakan baik semasa mengikuti kelas tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kami bercinta tapi tidak sampai menjejaskan pelajaran kerana masing-masing nak bersaing memiliki markah terbaik. Memang tak dinafikan ia seperti situasi dalam mimpi sebab kita sudah biasa kawan, lepas itu ada hubungan istimewa. Memang kalau dikenang agak kelakar tapi itulah kenyataan yang saya harus saya terima, mempunyai kawan sebagai berkasih. Walaupun ada yang memandang dengan pandangan negatif tapi saya sendiri pun tak kisah kerana perasaan ini tak boleh nak dipaksa. Setiap orang mempunyai naluri untuk bercinta. Agak seronok sebab kita sudah bersama dan selesa sama ada berkawan atau berkasih. Mengenali si dia, seorang yang ‘sempoi’ dan agak kasar perwatakan membuatkan saya tertarik menjalinkan hubungan bersamanya. Tapi bila sudah rapat seperti sekarang, kami sudah mula memahami di antara satu sama lain. Tidak ada masalah, asal dia jadi diri sendiri sudah memadai untuk saya menerimanya. Kelebihan kawan menjadi kekasih sedikit sebanyak membantu kita untuk menerima perangai kekasih kita, kalau dulu dia suka makan sambil bercakap, bila sudah bergelar kekasih secara automatik kita menerimanya dengan hati terbuka sebab sudah terbiasa dengan perangainya. Saya rasa semua orang yang mempunyai pengalaman sebegini akan berhadapan dengan masalah sama seperti nak adaptasi situasi kawan kepada kekasih, lebih-lebih lagi bila sudah mempunyai nama istimewa,” katanya.

Nama: Mohd Fadhil Saharuddin
Umur: 18 tahun
Lokasi: Banting
E-mail: fadhil-9523@yahoo.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.