Berani Kerana Benar

at Thursday, 9 May 2013 [ 17:12 ]

Untuk mempunyai sebuah negara yang hebat, antara perkara yang penting adalah menjadikan diri sendiri berdikari, iaitu berdiri di atas kaki sendiri dan bergantung secara 100% kepada Allah dalam hal kehidupan dan rezeki.
Apabila ada yang perlu jaga periuk nasi, kebenaran tidak dapat ditegakkan kerana takut nanti apa jadi jika dibuang kerja.
Bagi langkah menjadikan kita sebagai orang yang boleh bergantung kepada Allah 100%, antara langkah yang boleh sebahagian kita lakukan adalah dengan membebaskan diri dari menangung hutang kad kredit, hutang skim ansuran mudah, hutang pinjaman peribadi. Serta hutang rumah yang berlebihan dan hutang kereta yang berlebihan dari yang dicadangkan oleh pakar-pakar kewangan.
Apabila ianya dapat dicapai, maka peluang tertegaknya 'berani kerana benar, takut kerana salah' di dalam hati manusia, sangat tinggi. In Syaa Allah.
Shamsuddin Kadir

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.